Berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.
Polis meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung penglibatan dalam perhimpunan Bersih.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lepas, namun gagal memberikan kerjasama.
Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.
“Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah.
“Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal tanpa menunggu notis dikeluarkan,” katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis yang meminta anaknya hadir memberikan keterangan di balai polis walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.
Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL di sini pada Isnin.
Menurut notis tersebut, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir 10 pagi hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.
Tajuddin berkata berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.
Pada Ahad, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan pada Isnin kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.
Mohamed Azmin juga dilaporkan berkata bahawa anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis.
Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya – Tajuddin https://t.co/LGzE4Okehx https://t.co/8cRkMAWqi0
Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya – Tajuddin: Berdasarkan tempoh masa yang diberikan… https://t.co/3oyrPbJEPh
Azmi Haron liked this on Facebook.
Rahimah Mat Isa liked this on Facebook.
Nuzul Makhtar liked this on Facebook.
Herman Sarip liked this on Facebook.
Aly Aly Z liked this on Facebook.
Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya – Tajuddin https://t.co/kjlUXjk0Nj
Kay Maria liked this on Facebook.
Penternak Bakteria liked this on Facebook.
Azita Azora Sha liked this on Facebook.
Ab Aziz Yaakop liked this on Facebook.
Salleh Saidin liked this on Facebook.
Idris Tapsin liked this on Facebook.
Shah Rizad liked this on Facebook.
Fazidah Yusof liked this on Facebook.
Moga anak ini berjaya di dunia dan akhirat.
Nas Run liked this on Facebook.
May Havens liked this on Facebook.
Rafiq Anafy liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Amy Marsh liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.