Azmin jamin kenaikan tarif air tidak bebankan pengguna (video)

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Batang Kali dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

azmin-naik-tarif-air-selangor

Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan menaikkan kadar tarif air selepas proses pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan negeri selesai.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu wajar bagi memastikan pengurusan air lebih efektif termasuk mengatasi masalah gangguan air yang dihadapi pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan tarif air itu tidak akan membebankan pengguna dan rakyat di Selangor.

“Kenaikan tarif ini akan bermula selepas pengambil alihan SPLASH dimuktamadkan. Dalam usaha untuk mengurangkan sebanyak 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos besar bagi menangani perkara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri turut melantik penilai luar bagi menentukan bayaran yang perlu dibayar kepada SPLASH.

Katanya, kerajaan negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH, tetapi jumlah itu ditolak.

“Tempoh rundingan ini akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan ia selesai dalam tempoh ini.

“Kos pengambil alihan keseluruhan tiga syarikat konsesi ini adalah sebanyak RM1.68 bilion iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd sebanyak RM1 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS) RM530 juta dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) RM90 juta,” katanya.

Berkaitan

11 COMMENTS

Leave a Reply

Terkini

Popular