Azmin keliru tugas pemerintah dan pembangkang - pakdin.my

Datuk Shamsudin Lias

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali disindir keliru dengan kenyataan yang dibuatnya hari ini apabila menyatakan Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk bersama memimpin rakyat disebabkan enggan mengisi jawatan ketua pembangkang di negeri itu.

Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang menemplaknya berkata keengganan BN mengisi jawatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan tugas memimpin rakyat kerana secara dasarnya tanggungjawab itu adalah tugas mutlak pemerintah di sesebuah negeri tersebut dan bukannya ketua pembangkang.

“Azmin sendiri dah keliru dengan apa yang dikatakan, sebab tugas untuk membangunkan dan memimpin rakyat adalah tugas pemerintah, bukan tugas ketua pembangkang.

“Jadi apa pula kaitannya kalau kita tak mengisi jawatan ketua pembangkang itu, kerana tugas kita sebagai wakil rakyat tetap dijalankan seperti biasa. Jadi tuduhan itu sendiri dah tak betul,” katanya ketika dihubungi bnbbc.my.

Terdahulu, Azmin ketika menjawab soalan media mempersoal sikap BN yang dikatakan menidakkan hak mereka dalam membangunkan negeri Selangor.

Jelas Azmin lagi, BN seharusnya memainkan peranan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ia adalah kepentingan rakyat, bukan kepartian.

Namun jelas Shamsuddin, ia bukan suatu isu yang besar kerana Peraturan DUN tidak mewajibkan jawatan ketua pembangkang itu diisi.

“Banyak lagi perkara lain yang perlu dibangkitkan, bukan isu isi atau tidak jawatan ketua pembangkang.

“Kita macam mana pun akan tetap memberikan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri untuk memimpin rakyat. Sebagai pemimpin, hal-hal yang kecil ini usahlah dijadikan isu yang sangat berat,” katanya lagi.

UTAMAPOLITIKAzmin keliru tugas pemerintah dan pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium