Azmin lupa sumpah abai kepentingan rakyat - pakdin.my

Mat-Nadzari-Ahmad-Dahlan

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat melanggar sumpah yang dibuatnya ketika mengangkat sumpah jawatan tersebut tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata sumpah yang dibuat merujuk kepada keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor.

Namun katanya selepas enam bulan bergelar MB, Azmin dilihat tidak mementingkan rakyat sebaliknya beberapa tindakannya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

Ia termasuk beberapa isu yang dianggap tidak mementingkan rakyat seperti pembatalan penstrukturan semula air, pembinaan kondominium mewah Datum Jelatek dan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).

“Isu-isu yang menzalimi rakyat Selangor seperti ketidak selesaian isu air, penganiayaan ke atas penduduk Datum Jelatek, lebuhraya KIDEX, dibebankan lagi dengan kesan Langkah Kajang angkara Penasihat Ekonomi Selangor dan pelbagai lagi penganiayaan kepada rakyat menjadi satu kezaliman yang jelas khususnya sejak September tahun lalu,” ujarnya pada sidang media di lobi bangunan SUK Selasa.

Beliau dalam pada itu turut membacakan akujanji yang dilafazkan Azmin ketika dilantik menjadi Menteri Besar, September lalu.

“Saya telah memperingatkan YAB Menteri Besar terhadap lapan akujanji yang telah dilafaz sumpah beliau. Mendahulukan rakyat selagi mana tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri.

“Memastikan kestabilan , kemakmuran dna keselamatan tinggi di tahap yang tertinggi, dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan juga dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.

Nadzari yang dilantik sebagai Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Selangor juga mendakwa Azmin mempunyai agenda tersendiri apabila melengahkan penstrukturan air negeri berkenaan.

“Menteri Besar dan kerajaan negeri semata-mata merebut aset persekutuan dengan sengaja melengahkan kemajuan yang mahu dibawa kerajaan persekutuan menjadi tanda tanya.. Adakah menteri besar ada agenda peribadi dan sengaja mahu menderhaka Sultan dengan melanggari sumpah,” soalnya lagi.

Selain isu penstrukturan semula air yang menyaksikan pertikaian kerajaan negeri dengan pusat, kerajaan pimpinan Azmin pada masa kini juga dikecam ekoran pembatalan projek lebuh raya Kidex dan tindakannya meneruskan projek mega Datum Jelatek.

Pembatalan Kidex menurut Azmin dilakukan kerana syarikat konsesi Kidex Sdn Bhd gagal mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga melepasi tempoh yang ditetapkan.

UTAMAPOLITIKAzmin lupa sumpah abai kepentingan rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium