Azmin minta orang Kajang solat hajat mohon Anwar bebas kes liwat - pakdin.my

Cadangan Azmin Ali amat dialu-alukan dan patut dilaksanakan oleh setiap ahli dialam Pakatan Rakyat yang beragama Islam. Itulah langkah terbaik daripada mengadakan demonstrasi jalanan.
azmin-mak-lampir

PKR yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terlepas dari pertuduhan kes Liwat II yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan, kata Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Ekoran itu, tiada pelan luar jangka yang disediakan atas tujuan menggantikan calon mereka pada PRK DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini.

Azmin yang ditemui selepas merasmikan bilik gerakan Pakatan Rakyat di Sungai Kantan menjelaskan bahawa PKR yakin kes tersebut akan berpihak kepada ketua mereka dan membolehkan mereka berjuang bagi mengekalkan kemenangan di Kajang.

“Tidak ada ‘in case’..kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang telah dikemukakan hari ini dan bersambung esok, Datuk Seri Anwar akan dibebaskan daripada pertuduhan ini.

“Malahan keyakinan kita berdasarkan keputusan mahkamah tinggi sebelum ini.. Bukti, keterangan saksi telah dikemukakan dan daripada awal kita tegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘innocent’ dan tidak bersalah dan tidak ada sebab untuk kita membuat persiapan selain daripada itu,” katanya kepada wartawan selepas selesai memberikan ceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong mereka.

Di dalam ceramahnya, beliau sempat meminta para penyokong untuk menunaikan solat hajat untuk mendoakan ketua pembangkang itu bebas dari pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang keputusannya dijangkakan akan diketahui pada Jumaat.

“Saya minta semua orang Sungai Kantan yang hadir malam ini untuk tunaikan solat hajat buat pemimpin kita bagi membebaskan beliau dari fitnah UMNO itu.

“Dijangkakan keputusan akan diumumkan esok selepas solat Jumaat, jadi malam ini kita doakan Anwar bebas dari pertuduhan itu,” katanya di hadapan penyokong yang hadir dalam ceramah pelancaran Bilik Gerakan PR Sungai Kantan.

Pada Khamis, Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Anwar perlu didapati bersalah ekoran bukti yang kukuh atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya itu.

Pada 9 Januari 2012, Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Bagaimanapun, kes tersebut dibuka semula selepas Putrajaya mengemukakan rayuan.

UTAMABERITAAzmin minta orang Kajang solat hajat mohon Anwar bebas kes liwat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium