Azmin perlu cakap berserta fakta, bukan beri jawapan selamat - pakdin.my

pintu gerbang Kota Darul Ehsan

Badrul Hisyam Shaharin atau Che’Gu Bard memberi amaran kepada Menteri Besar Selangor supaya perjelaskan beberapa isu yang beliau gagal tangani sehingga kini, termasuk isu pemberian tender secara terbuka kepada satu syarikat.

Katanya, penjelasan itu harus disertakan dengan bukti dan fakta, bukan hanya memberi jawapan selamat apabila isu tersebut ditanyakan oleh pihak media.

“Duit zakat, DEIG (Darul Ehsan Investment Group), pintu gerbang dia (Azmin) gagal perjelas hingga kini, isu balak ini jangan hanya nafi, jika benar minta Pengarah Jabatan Hutan jangan diam sahaja tampil tunjuk bukti proses tender.

“Dan saya tak tuduh dia duduk dalam ‘board tender’ tapi adakah dia nak nafikan staff kanan dia berjumpa org penting dalam pemutus anugerah projek balak tersebut?” soalnya menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my.

Semalam, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di Shah Alam menolak dakwaan Che’Gu Bard berhubung projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.

Ini kerana jelas Azmin, pemberian tender itu adalah mengikut proses peralihan tender secara terbuka yang dibuat sejak 2008 lagi.

Menteri Besar Selangor itu dalam masa yang sama turut menyifatkan Chegu Bard sebagai pencacai UMNO.

“Yang jadi agen (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) itu Azmin, yang jumpa (Datin Seri) Rosmah (Mansor) dengan pergi ke kediaman Perdana Menteri itu Azmin, minggu lalu yang dalam majlis kahwin anak dia rai (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan puja puji Mahathir  itupun Azmin.

“Yang masuk TV3 tuduh Presiden parti kronisma dan nepotisma itu Azmin,” katanya lagi.

Tindakan Azmin itu kata Che’gu Bard jelas menggambarkan yang beliau bukanlah pencacai UMNO seperti yang didakwa Azmin.

Dalam perkembagan yang sama, Che’gu Bard turut menjelaskan bahawa pihaknya akan ke TNB pada minggu hadapan bagi meminta penjelasan mengapa TNB perlu membayar RM13 juta dan membazirkan RM18 juta duit GLC untuk diberikan kepada dua syarikat terpilih.

Katanya, skandal dua kawasan balak tersebut adalah pintu kepada banyak perkara.

UTAMAPOLITIKAzmin perlu cakap berserta fakta, bukan beri jawapan selamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium