29.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Azmin, Rafizi elok tonton TV dengar penjelasan Khalid isu MoU air malam ini

Maximus Ongkili dan Khalid Ibrahim bincangkan isu MoU penstrukturan semula bekalan air Selangor dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam ini
Maximus Ongkili dan Khalid Ibrahim bincangkan isu MoU penstrukturan semula bekalan air Selangor dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam ini

Pemimpin-pemimpin PKR terus bising pasal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan air negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli antara yang lantang mengkritik  Abdul Khalid serta mendesak beliau memberitahu isu kandungan perjanjian tersebut.

Mereka menggunakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri sebagai senjata untuk memaksa Abdul Khalid memberitahu butiran perjanjian.

Mungkin disebabkan ghairah cari laba politik, mereka tidak mengetahui bahawa rang undang-undang kepada enakmen itu tidak boleh melampaui kuasa perlembagaan.

Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada kerajaan negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini.

Ini bermakna MoU penstrukturan air itu tidak tidak terikat kepada FOI kerana ianya melibatkan kerajaan Persekutuan seperti yang dimaklumkan oleh Abdul Khalid, Selasa.

Katanya, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan dengan perjanjian tersebut kerana maklumat tersebut memerlukan persetujuan bersama kedua-dua pihak sebelum didedahkan.

“Oleh sebab itulah saya tidak hendak membuat komen kerana maklumat-maklumat itu adalah maklumat-maklumat yang dimiliki oleh kerajaan negeri (Selangor) dan juga maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.


“Kita akan meminta kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk melepaskan dokumen tersebut.

“Jika dokumen tersebut milikkan negeri sahaja, negeri mpunyai kuasa tetapi bila ada dua pihak ianya memerlukan persetujuan bersama,” ujar Khalid.

Sekiranya dokumen perjanjian ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), pendedahan isi kandungan dokumen tersebut seperti yang dibuat oleh Rafizi boleh diambil tindakan undang-undang yang tegas.

Lagipun, atas kapasiti apa Rafizi mahu mencampuri urusan kerajaan negeri Selangor sedangkan beliau sendiri sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dua tahun lalu.

Stesen TV3 dalam slot Program Soal Jawab jam 11 malam ini akan membicarakan isu penstrukturan air dengan Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Ongkili sebagai panel.

Maka eloklah Rafizi, Azmin malah sesiapa sahaja yang berasa tidak puas hati dengan isu air ini daripada buat bising. duduk depan televisyen dengar penjelasan Abdul Khalid dan Maximus Ongkili. –

 

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...