26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Azmin, rakyat tanya mana RM7.6 bilion dana penstrukturan air

azmin-7billion-air

“Sampai bila Azmin ingin berdiam diri. Janganlah mereka ini beranggapan bahawa rakyat akan lupa atau mereka boleh menggula-gulakan rakyat. Rakyat sekarang semakin bijak dan perkara ini perlu dijawab.

“Jumlah RM7.6 bilion bukanlah satu jumlah yang kecil. Kerana itulah Azmin tidak boleh terus tutup mulut. Rakyat harus tahu hakikat sebenar…. Jika dia berada di pihak yang benar mengapa perlu takut untuk memberi penjelasan.”

Itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berhubung tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang sehingga kini tidak menjelaskan butiran penggunaan duit RM7.6 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9 bilion dana penstrukturan semula air di Selangor.

Menurutnya, rakyat Selangor tertanya-tanya status wang tersebut lantaran sikap membisu Azmin menerbitkan persoalan samada wujud penyelewengan dana atau salah guna kuasa.

“Kalau pembangkang terus berdiam diri maka sudah pasti ia membuktikan sebaliknya. Ketelusan yang dicanang hanyalah retorik… dakwaan mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) juga hanyalah satu penipuan.

“Jika Azmin gagal menjawab isu ini maka terbuktilah mereka hanya pandai bersandiwara,” katanya menambah bahawa Azmin tetap ‘wajib’ menjawab status wang tersebut kerana ianya adalah wang rakyat.

Menurut Irmohizam, inilah masa yang paling sesuai untuk pembangkang membuktikan bahawa mereka mengamalkan ketelusan.

“Jangan mereka hanya mencari salah orang tetapi kudis buta mereka disorok. Pembangkang ini memang pandai mengalihkan isu sehinggakan rakyat terleka dan lupa akan compang camping mereka,” katanya.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan