Azmin tolak kenyataan Saifuddin PKR parti kaum Melayu

Ko-jgn-lwn-toke-Azmin

- Advertisement -

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menolak kenyataan setiausaha agung parti itu Datuk Saifuddin Nasution bahawa PKR didominasi kaum Melayu semenjak awal penubuhannya.

Beliau berkata, prinsip PKR adalah memastikan perjuangan untuk membawa budaya politik baharu dapat disuburkan di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.
“Keadilan tidak pernah menjadi parti berasaskan orang Melayu… parti ini mempunyai tanggungjawab besar, untuk pastikan satu budaya politik baharu dapat dibawa ke dalam sistem politik di Malaysia, iaitu politik yang tidak berasaskan agama dan kaum.

“Memang benar peringkat awal tak mudah nak kenalkan budaya parti pelbagai kaum. Tetapi selepas hampir 15 tahun, kita (PKR) buktikan bahawa generasi baharu negara kita mampu menerima hakikat politik perkauman harus ditolak, dan politik pelbagai kaum harus disuburkan,” katanya dalam sidang media sempena hari pencalonan PKR Selangor yang membabitkan 22 cabang, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Saifuddin, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam, bahawa PKR masih didominasi kaum Melayu dan kaum bukan Melayu dalam parti itu harus menerima hakikat itu.

“PKR masih sebuah parti berasaskan Melayu. Ini adalah hakikat. Saya fikir orang bukan Melayu dalam parti perlu menerima hakikat ini,” kata Saifuddin.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti kali ini, berkata masa depan parti tidak harus ditentukan dengan strategi berkumpulan atau formasi.
“Seperti saya katakan sebelum ini bahawa kebimbangan saya adalah bahawa formasi atau berkumpulan adalah tidak sihat untuk masa depan parti. Saya tegaskan semalam bahawa akhirnya yang akan tentukan masa depan parti ialah anggota, bukan kumpulan, bukan kartel, bukan pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbuka Saifuddin bahawa beliau sudah membuat pakatan dengan dua calon naib presiden iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli untuk menghadapi pemilihan kali ini.

Untuk mempertahankan jawatan nombor dua parti itu, selain Saifuddin, Mohamed Azmin akan berhadapan dengan dua lagi pemimpin parti iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan muka baharu, Datuk L Ramachandran.

Bagi jawatan presiden, penyandangnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berhadapan dengan ketua umum parti, yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi empat tempat naib presiden, dua penyandangnya iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua, akan berhadapan pertandingan 15 penjuru, dan terdapat 76 calon akan berebut untuk mendapat tempat dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?