24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Azmin Tuduh Ibunya Terima Habuan

Ibu Azmin menangis ketika mengadakan sidang media di kediaman beliau

Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan.

Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat.

Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia. Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka.

Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya. Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.

Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO. Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian. Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan.

Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang.

Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO.

Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak.

Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir? Sampai mati?

Penulis bukan berniat untuk mencuba menginsafkan Azmin dengan penulisan kali ini. Lagipun, jika ibu sendiri gagal menginsafkannya apakah daya kita orang yang tiada kena mengena.

Mungkin Azmin sudah tidak ingat mati lagi. Ataupun, sangkanya, wang boleh membantunya di liang lahad. Sedangkan, wang tidak boleh digunakan untuk memudahkan nyawa bercerai dari badan jauh sekali untuk melepaskan diri dari soalan kubur, memudahkan penitian titi siratulmustaqim atau menambahkan berat timbangan pahala di akhirat.

Nampaknya, Azmin lupa bahawa wang tidak membawa apa-apa erti bagi para malaikat.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...