Azmin vs Guan Eng : Wan Azizah buktikan diri sekadar boneka - pakdin.my

WAWI KETUA PEMBANGKANGKetua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat seperti biasa hanya mampu menjadi boneka lantaran gagal menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam Pakatan Harapan.

Menurut Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, karakter Wan Azizah yang tidak pandai dan mampu bertegas untuk membuat keputusan bukanlah perkara baharu dan sememangnya diketahui umum.

Beliau bagaimanapun tetap dipilih menjadi Ketua Pembangkang kerana setiap parti yang bergabung dalam pakatan itu katanya, mempunyai agenda kepentingan sendiri.

PKR, AMANAH dan DAP tegasnya, pasti dan akan senantiasa meletakkan kepentingan parti sendiri sebagai prioriti.

“Semasa saya sendiri dalam PKR, saya sangat kenal Wan Azizah bukanlah seorang yang pandai buat keputusan, sebab dia hanyalah seorang doktor pakar mata, bukan ahli politik.

“Dan setiap kali beliau nak sampaikan ceramah bila saya ada juga pada waktu itu, dia akan tanya saya ‘boleh kah kalau saya nak kata macam ni? Boleh kah saya nak cakap macam itu? Saya faham dia cuba minta pandangan, namun sebagai pemimpin, ia menggambarkan beliau bukan pemimpin yang baik kerana tidak boleh membuat keputusan.

“Sebab itu saya tak pelik kalau perselisihan faham di antara Azmin dan Guan Eng ini tidak boleh diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut perselisihan faham Azmin dan Guan Eng, Aminah menjelaskan situasi itu hanyalah amalan budaya parti pembangkang bagi terus meraih simpati rakyat supaya kekal mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.

“Daripada dulu apa yang Anwar buat, samalah juga dengan apa yang Azmin dan Guan Eng buat, masing-masing cuba bersandiwara tak habis-habis, supaya rakyat lihat kesiannya DAP, kesiannya PKR, kita kena undi mereka.

“Tapi Wan Azizah buat apa? Media tanya soalan, jawab tunduk-tunduk, kalau boleh nak lari dari media sebab takut nak jawab soalan,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, UMNO katanya perlu membuka mata dan menggunakan kesempatan daripada sandiwara tersebut untuk terus berusaha membuktikan bahawa Parti Melayu itulah yang harus diundi lantaran terus kekal relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

UTAMAPOLITIKAzmin vs Guan Eng : Wan Azizah buktikan diri sekadar boneka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium