31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

B-19 AFC: Wan Kuzri mungkin tiada dalam senarai fasa kedua latihan

PEMAIN tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal mungkin tidak akan dapat menyertai fasa kedua latihan pusat pasukan Kebangsaan Bawah 18 (B-18) disebabkan perancangan yang telah ditetapkan lebih awal.

Ketua jurulatih B-18 kebangsaan Brad Maloney berkata, dia mahukan Wan Kuzri untuk terus bersama pasukan, namun terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan termasuk perancangan awal untuk pemain Akademi Bola Sepak St Louis itu untuk pulang ke Amerika Syarikat.

“Saya perlu berbincang perkara itu bersama dia (Wan Kuzri) disebabkan kepada perancangan awal untuk kemungkinan akan pulang semula ke kelabnya, tetapi kami mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sekarang, kemungkinan kuarantin, pandemik itu (Covid-19). Ada lebih banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sekarang ini.

“Saya mahu beliau untuk ada (dalam kem latihan) tetapi jelas sekali kelabnya mempunyai hak untuk memanggil beliau semula, jika mereka mahu. Kita akan bekerjasama dengan beliau, keluarganya dan kelab untuk mencari penyelesaian terbaik. Tentunya saya mahukan dia menjadi sebahagian daripada pemain yang dipanggil untuk latihan, jika boleh,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Selepas penantian beberapa bulan, Wan Kuzri adik kepada pemain Sporting Kansas City Wan Kuzain akhirnya menyertai latihan pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 (AFC), pada Oktober.

Kejohanan AFC Bawah-19, yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan 14-31 Oktober, merupakan pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja Bawah-20, di Indonesia tahun hadapan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara Qatar, Tajikistan dan Yemen, disasarkan untuk menjadi pasukan pertama negara untuk layak ke Piala Dunia Bawah-20 secara merit. -Bernama

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...