[Video] Bab hina tentera ayah tak boleh kompromi – Rani Kulup - pakdin.my

Taikun perniagaan, Koon Yew Yin disifatkan telah menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila melabel pasukan penjaga keamanan itu tidak lebih daripada ‘makan, tidur sahaja’.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, beliau tidak boleh berkompromi dalam perkara itu kerana perbuatan ahli perniagaan tersebut benar-benar mencemar imej ATM.

“Bab hina tentera ni ayah tak leh kompromi, nak cakap ayah bodoh ke, ayah gila ke ayah terima takde masalah. Tapi sekali jentik hati kami bekas tentera yang berkorban jiwa raga menjaga keamanan, ayah nak cakap pada mereka.

“…….., jangan sampai jenking tua menyengat, tau-tau sakit,” katanya menerusi Twitter.

Abdul Rani turut memuat naik video beliau dan beberapa individu dipercayai bekas tentera menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap Yew Yin di atas perbuatannya itu.

Bukan setakat PDRM, Abdul Rani turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan sama terhadap kenyataan Yew Yin yang telah mengguris hati seluruh warga ATM.

“Kami tidak mewakili mana-mana ahli politik, kamu gatal jari. Oleh itu kami desak kamu minta maaf balik secara terbuka.

“Kami gesa PDRM, SKMM, KDN dan Aangkatan Tentera Malaysia. Tangkap individu yang bernama Koon Yew Yin. Tangkap dan bawa dia kemuka pengadilan dengan segera. Ayah gesa seluruh persatuan ATM, PBTM (Persatuan Bekas Tentera Malaysia) buat report (polis),” tegasnya.

Rujukan:
Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA
https://pakdin.my/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda

Koon Yew Yin pernah melawat ketua komunis, Chin Peng di Thailand
https://pakdin.my/koon-yew-yin-pernah-melawat-ketua-komunis-chin-peng-di-thailand

LIHAT video
https://youtu.be/vTJB2ZRNsQo

UTAMABERITA Bab hina tentera ayah tak boleh kompromi - Rani Kulup

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium