Baca Quran guna pembesar suara lepas sahur, imam cedera ditikam

BESUT — Seorang lelaki menikam imam Masjid Kampung Apal, Jabi di sini yang membaca al-Quran menggunakan pembesar suara berikutan tidurnya terganggu.

Tinggal 100 meter dari masjid, ketua polis Besut berkata suspek, 23 tahun, muncul dari belakang dan menikam dada kiri mangsa, 37 tahun jam 6.30 pagi tadi sebelum melarikan diri, lapor Sinar Harian.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan dirawat sebagai pesakit luar selepas menerima tujuh jahitan akibat luka di dadanya,” kata Supt Mohd Zamri Mohd Rowi.

Beliau berkata suspek yang positif methamphetamine ditahan tidak lama kemudian. Objek tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Suspek disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Suspek pernah terbabit dalam kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah, kata Mohd Zamri lagi. 


Comments (No)

Leave a Reply