30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Badan Amal Pemuda PAS Sedia Jadi Tukang Kutip Kondom Selepas Konsert MTV World Stage

Jom berarak ke i-City

Apa sudah jadi dengan Pemuda dan Muslimah PAS. Menyalak memang sudah jadi lakunan tradisi sepanjang zaman bagi mereka nak tunjuk kepada pengundi kononnya mereka lah yang Islamic sangat.

Kalau perhimpunan haram BERSIH 2.0 boleh bersekongkol dengan Ambiga berarak dijalanraya mengapa dalam kes MTV World stage mereka tidak boleh berarak ke i-City.

Mungkin puak-puak ini sudah lupa slogan mereka sudah berubah daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Nak buat macamana, ikut sahajalah rentak DAP kerana DAP dah berjaya tarbiahkan pemimpin utama PAS.

Unit Amal Pemuda PAS boleh lah beramai-ramai ke konsert tersebut bagi mengutip kondom yang mungkil beribu-ribu ditinggalkan ditapat konsert seperti fitnah mereka mengenai penemuan seguni kondom ditapak Sure Heboh Kedah.

 

Konsert MTV World Stage diteruskan

01/06/2011 8:42pm

SHAH ALAM 1 Jun — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada sebarang masalah berhubung penganjuran Konsert MTV World Stage di i-City di sini, pada 24 Julai, kerana kelulusan mengenainya telah dibuat sejak awal tahun lepas.

Beliau berkata, konsert itu akan diadakan di ruang yang memang dikhaskan untuk aktiviti antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan Shah Alam di pentas dunia.

“Pihak penganjur dan i-City sendiri memberikan jaminan konsert itu akan diadakan dalam suasana terkawal tanpa alkohol, dadah dan rokok selain pemakaian artis yang beradab,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Selangor, di sini hari ini. – Bernama

 

Pemuda PAS tetap bantah konsert MTV World Stage
Jul 21, 11 12:41pm

Pemuda PAS konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan tindakan penganjur yang mahu meneruskan konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Menurut laporan Harakahdaily, Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Memorandum pertama dihantar pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu kemudian kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum itu tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.

Nasrudin menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka.

“Lagi pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya,” katanya.Tidak bantah hiburan

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.