32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Badan Pelaburan Indonesia Kesal RIM Pilih Malaysia Untuk Kilang Blackberry

Sebuah badan pelaburan Indonesia telah melahirkan kekesalannya terhadap keputusan syarikat pengeluar telefon bimbit pintar Blackberry, Research In Motion (RIM), untuk membangunkan kilang pembuatan Blackberry di Malaysia bagi pasaran Asia.

Badan Penyelarasan Penanaman Modal (BKPM) Indonesia berpendapat republik itu adalah lokasi yang lebih sesuai untuk dibangunkan kilang itu kerana ia antara pasaran paling besar bagi Blackberry.

Sehubungan itu, badan itu telah mencadangkan supaya kerajaan Indonesia mengambil pendirian berhubung perkara itu, termasuk langkah tindakan bukan insentif terhadap RIM seperti mengenakan tarif percukaian.


Ketua BKPM Gita Wirjawan berkata, pada tahun depan, penjualan Blackberry di Indonesia dijangka mencapai 4.0 juta unit dengan nilai kira-kira AS$300 seunit, berbanding kira-kira 400,000 unit Blackberry yang dijual di Malaysia setahun.

“Kenapa bangunkan kilang di Malaysia? Ini tentunya mereka bangunkan di sana untuk dijual di Indonesia, kan?” katanya sambil meminta kerajaan mengambil langkah bersesuaian sama ada dalam bentuk tarif atau bukan tarif bagi menggalakkan RIM membangunkan kapasiti pengeluarannya di Indonesia.

Gita, yang dipetik sebagai berkata demikian oleh portal berita detik.com Rabu, menjelaskan bahawa pihaknya juga mencadangkan agar syarikat Bosch dari Jerman turut dikenakan tindakan bukan insentif kerana membangunkan kilang solar panel di Malaysia untuk dipasarkan ke Indonesia.


Beliau berpandangan langkah sedemikian perlu dikenakan kepada syarikat yang mempunyai pasaran besar di Indonesia tetapi enggan membangunkan kilangnya di Indonesia.

Sementara itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian (Kadin) Indonesia, Bidang Perindustrian, Penyelidikan dan Teknologi, Bambang Sujagad menganggap cadangan pihak berkuasa untuk menarik pelaburan syarikat pelbagai negara ke Indonesia dengan cara ancaman tindakan bukan insentif cukai, sebagai terlambat.

Beliau berkata kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah awal sebelum RIM membuat keputusannya itu dan menganggap BKPM terlambat membuat susulan mengenai potensi pelaburan RIM.


“Kita kurang sedar, seharusnya pelaburan teknologi bukan hanya dengan kemudahan pelepasan cukai, mesti juga dengan kemudahan tanah percuma. Itu tugasnya BKPM mencari maklumat apa yang boleh dilakukannya,” katanya.

Bambang juga mengkritik cadangan untuk mengenakan tindakan bukan insentif seperti cukai barang mewah terhadap Blackberry, yang beliau anggap akan merugikan masyarakat kerana Blackberry sudah masuk dalam kategori produk keperluan masyarakat, bukan lagi barang mewah.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan