Badminton: Terbuka S’pura dibatalkan dek cabaran COVID-19

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

SINGAPURA: Kejohanan badminton Terbuka Singapura akan dibatalkan, demikian diumumkan pihak penganjurnya, Persatuan Badminton Singapura (SBA) dan Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) pada Rabu (12 Mei).

Kejohanan itu yang dijadual diadakan antara 1 Jun hingga 6 Jun, tidak akan dijadualkan semula.

Dalam satu kenyataan bersama, SBA dan BWF menyatakan keputusan itu dibuat atas sebab kesihatan dan keselamatan.

“Kesemua usaha telah dilakukan pihak penganjur dan BWF untuk memastikan sekitaran kejohanan yang selamat untuk semua peserta,” menurut SBA dan BWF.

“Namun, jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia menimbulkan masalah rumit dalam menguruskan perjalanan masuk pelawat ke Singapura. Justeru, demi kepentingan semua pemain, kakitangan kejohanan dan keselamatan serta kesihatan masyarakat tempatan, kejohanan ini dibatalkan.”

Acara Terbuka Singapura, merupakan kejohanan Super 500 dalam Jelajah Dunia BWF dan kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Sukan Olimpik Tokyo – sistem mata ranking ‘Race to Tokyo’ (RTT) yang menentukan siapa layak bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadual semula kepada 23 Julai.

Tempoh bagi sistem Race to Tokyo itu akan berakhir pada 15 Jun.

BWF akan mengeluarkan kenyataan lanjut berkaitan kelayakan Olimpik pada tarikh kemudian, menurut kenyataan bersama itu.

Edisi Terbuka Singapura pada tahun lalu juga dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Pada Jumaat, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penangguhan Terbuka Malaysia yang dijadualkan dari 25 Mei hingga 30 Mei, selepas satu lagi kejohanan dalam RTT iaitu Terbuka India yang dijadualkan 11-16 Mei ditangguhkan dua minggu lepas, kedua-duanya akibat peningkatan kes COVID-19.

– CNA/HA/ha

BACA juga:

Leave a Reply