BAGAIMANA RM6 BOLEH “MEMBUNUH” RAKYAT MALAYSIA?

Sejak 1 November lalu, seluruh rakyat Malaysia secara tiba-tiba dihantui oleh perkataan minyak.

Semuanya gara-gara kenaikan minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel sebanyak RM0.15 dan penarikan semula subsidi minyak masak di pasaran runcit di seluruh negara, juga bermula 1 November yang lalu.

Namun, yang paling mencuri tumpuan adalah kemelut bekalan minyak masak di pasaran serta kenaikan harga minyak masak untuk 2 kilogram sehingga 5 kilogram.

Hari ini, kebanyakan tempat telah menaikkan harga dari RM6 hingga ke RM9 sebotol minyak masak mengikut berat.

Situasi ini secara tiba-tiba menimbulkan kekalutan pasaran sehingga ada di antara peruncit, kehabisan stok bekalan minyak masak.

Inilah yang telah menyebabkan situasi panik dikalangan pengguna. Lebih memburukkan keadaan, para peniaga pula secara sewenang-wenangnya menaikkan harga sehinggakan ia dilihat telah menekan pengguna.

Benar, harga pasaran untuk minyak masak sekarang menunjukkan kenaikan yang agak mendadak.

Namun, persoalannya, adakah kenaikan RM 6 hingga RM 9 sebulan ini menyebabkan ramai yang jatuh papa kedana?

Atau menemui menemui ajal hanya disebabkan tidak mampu membeli minyak masak?

Selain daripada peniaga restoran dan kedai-kedai mamak, penggunaan minyak masak di kalangan majoriti rakyat Malaysia amat jarang melebihi 3 kilogram sebulan.

Apa yang menjadi isunya di sini, bagaimana mereka berasa cukup-cukup tertekan mengeluarkan belanja sebanyak RM6 hingga RM9 sebulan untuk membeli sebotol minyak masak seberat 3 hingga 5 kilogram.

Minyak masak bukanlah satu bahan yang kita kena beli setiap hari untuk menggunakannya.

Kita goreng telur guna sekilo minyak masak? Sekali goreng ikan guna 5 kg minyak masak?

Di pasaran hari ini, minyak masak disediakan dalam pek 1 kilogram dengan harga masih kekal RM 2.50. Terdapat juga minyak masak yang dibotolkan mengikut kreteria berat yang berlainan.

Di sinilah kita kena faham dan tahu, sejauh mana penggunaan kita dalam sebulan.

Tidak semua isi rumah di Malaysia menggunakan minyak masak seberat 5 kilogram di mana di pasaran sekarang, harganya meningkat sehingga RM9.

Kita masih mempunyai pilihan untuk menurunkan sedikit penggunaannya dengan memiliki minyak masak seberat 3 kilogram dengan kenaikan pada puratanya sebanyak RM 6.

Mudah untuk disimpulkan bahawa, kenaikan harga minyak masak yang berlaku di pasaran hari ini tidak melebih RM10.

Jika ada yang mahu berkira dengan RM 6 hingga RM 9 ini, mari kita lihat bagaimana kita menggunakan wang ini sewenang-wenangnya tanpa sedikitpun menjadi viral terhadap rungutan mereka.

Di Malaysia hari ini, ramai di kalangan rakyat tidak kisah untuk membanjiri kompleks-kompleks membeli belah yang menawarkan potongan harga. Malah, di saat ramai yang mengeluh kenaikan harga, seramai lebih 80 ribu orang membanjiri Stadium Shah Alam untuk menonton aksi akhir Piala Malaysia.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana setiap bulan, sebanyak 50 ribu kereta baru didaftarkan. Bagaimana pula dengan pusat-pusat perlancongan?

Dianggarkan RM5 hingga RM7 juta dibelanjakan setiap bulan untuk pakej-pakej perlancongan yang turut melibatkan kos tiket kapal terbang.

Adakah ini menunjukkan bagaimana terseksanya rakyat Malaysia dengan kenaikan harga minyak masak dari RM6 hingga RM9 di pasaran?

Pasti ada di kalangan mereka cuba mengaitkan golongan miskin yang akan terjejas teruk dengan kenaikan ini. Jika mereka benar-benar faham dengan keperluan penduduk miskin di Malaysia, mereka tidak akan membeli minyak masak untuk 5 kilogram.

Sebaliknya, mereka akan membeli minyak masak pek yang masih kekal mendapat subsidi daripada kerajaan.

Malah, mengikut perangkaan, rakyat termisikin di Malaysia hari ini adalah dalam lingkungan 0.3 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Mereka yang mungkin akan terasa kenaikan harga minyak masak ini mungkin daripada golongan B40 di mana kerajaan sentiasa mengambil berat keperluan golongan ini.

Bagi mengatasi masalah golongan B40 ini, kerajaan telah menyediakan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Kenapa kemudahan seumpama ini tidak digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan bekalan minyak masak pada harga yang masih berpatutan?

Pendek kata, tidak pernah ada walau satu barangpun tidak naik sejak Malaysia mengecapi kemerdekaannya, 58 tahun yang lalu.

Apa yang penting, kita harus tahu menggunakan rasional kita untuk membezakan yang mana satu keperluan hidup dan mana satu gaya hidup.

Belum pernah dalam sejarah negara, ada diantara rakyat Malaysia menemui ajal hanya disebabkan kenaikan RM 6 hingga RM 9 pada satu-satu barangan.

20161021-minyak-masak-paket

Loading...

150 KOMEN

  1. Babe , lets get this into ur simple mind .. tol naik , subsidi gula n tepong ditarek balek , GST , minyak petrol naik n now minyak masak .. plz dont talk about d RM6 … minyak naik akan didusuli. barang lain naik .. takkan nak tunggu rakyat papa kedana n merempat nak betulkan keadaan …

  2. Bodoh punya artikel…agak2 la nak membodek tu haramjadah!…Felda antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia tapi minyak sawit keluaran felda naik sampai RM 8….kebabian apakah ini?

  3. Minyak naik, hrga lauk turut naik. Bmkna kos utk harian tetap naik malah hari2 mkn sewaktu mkn tgh ari kena d tempuh. Yg d sama kn ngan khadiran stadium Shah Alam & melancong. Hadir tgk bola & melancong bkan hari2 BEBAL…

  4. Minyak petrol naik tak mati
    Minyak masak naik tak mati
    Takrif elektrik naik tak mati
    Tol naik tak mati
    Lepas ni nak try naik apa pulak agaknya.. sebab kebal betul rakyat malaysia ni.

  5. Gaji sebulan sekali. Xkn nk beli Minyak sepeket. Nk beli berkali2? Jibontot ingat kedai kt sebelah rumah? Nk kna pkai moto paling x. Moto tu nk kna isi petrol yg ko dh naikkan sebulan lebih 25sen. Mmg sial kajaan m’sia ni.

  6. Admine,kena ingat,perlawanan akhir piala malaysia cuma setahun sekali je,pendaftaran pembelian kereta baru memang byk tapi byk juga yg bank tak luluskan,saya akui memang ramai & penuh shopping komples setiap kali ada diskaun tapi bkn semua yg masuk beli semua brh dlm, kebanyakannya cuma cuci mata.pelancongan pulak mmg sampi rm juta2 tapi sumber dari pelancong luar negara jugak bkn dri malaysia saja & adakah setiap seorang rakyat dlm malaysia yg setiap bulan pergi melancong.kedai runcit 1 malaysia, adakah semua kemudahan ni dibuat di setiap daerah mukim atau kg? Kalau tanya org Sik, org Baling, org Peringat, org Jenjarom.ya deorang akn cakap “ada”tapi jauh berkilo kilometer dari rumah deorang, jadinya setiap kali keluar ke pekan deorang akn borong brg keperluan utk simpanan seminggu dua.kalau beli minyak dgn kadar 1kilo,cukup ke nak makan? Tak dikira pulak isi rumah setiap keluarga deorang ada berapa ramai.pikir lah admine.

  7. Minyak msk naik comfirm kuih nasi lemak dll naik petrol naik comfirm tambang bas awam,skolah naik pendek kata bukan minyak msk/petrol jer yg naik tepi yg sewaktu dngnya.

  8. puak pembangkang yg meroyan..ekonomi puak DAPigs pegang dia sabotaj serba serbi .melayu bahalol pun sokong…padan muka kat thailand minyak naik barang x naik harga pun sebab satu bangsa dan bersatu ada faham melayu DAPigs….

  9. Org kita dh lama crta pasal minyak ni tp masing2 mcm org kaya
    Bila minyak diesel naik
    Harga brg pun naik
    Bila minyak turun
    Knp harga brg tk turun
    Kerajaan jgk di salahkan
    Spttnya kita jd pengguna ada hak dan kuasa yg lebih besar
    Boikot 1 hari mesti jem smua kedai yg naik harga tu
    Kita bleh puasa 1 hari
    Tkkn boikot tk bleh
    Fikir2 lah

  10. Sebenar nya gst satu cara kerajaan di dunia dapat duit percuma….kerana pengalhasilan dan kurang…..ada negara yg pulangkan balik kat rakyat…ada pulak yg di makan oleh pemimpin pemimpin….naik gaji menteri dan ahli parlimen……ada negara yg guna kukubesi supaya tak boleh komen…..kita tengoklah mada dua tiga tahun……di selatan dekat 20 tahun dah…barang naik sampai ribuan masuk jb kerana tak cukup belanja…bacalah buku Protocol of the Elders of Zion…ciptaan politik yahudi……semua akan terjawab……antaranya….we rule them and we deceive them…….selamat membaca

  11. so makna nya kt melaka , harga makan di kedai pn akan turut naik la ni,masa kempen no polisterin dh naik,sbb pembungkus makanan yg hok green tu mahal gila babun….

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini