Bagaimana runtuhnya Kota Melaka, demikian juga berkuburnya UMNO nanti angkara si Kitol - pakdin.my

Tahniah kepada Tun Mahathir telah mendapat sokongan 33 ahli Parlimen UMNO secara bertulis sejak sebulan lalu.

33 orang ini akan tercatat dalam sejarah sebagai mereka yang mengkhianati keputusan parti supaya sebarang permuafakatan politik harus secara “en block”. Mereka juga mengenepikan parti apabila menandatangani perjanjian tanpa pengetahuan Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin UMNO sebelum ini, Tun M selalu memberi alasan sukar melaksanakan agenda bumiputera dan Islam kerana beliau bergantung kepada DAP.

Sekarang Tun Mahathir sudah kuat jadi kita tunggu apakah akan dilaksanakan agenda bumiputera dan Islam seperti yang dijanjikan.

Pendedahan Hamzah juga mengiyakan cerita politik sejak dua bulan lepas bahawa ada seorang bekas pemimpin UMNO yang maha kaya menjaga hampir 40 orang ahli parlimen UMNO sebagai “bater trade” dengan Tun M.

Khabarnya ada yang diberi pejabat dan elaun berpuluh ribu supaya kesetiaan kepada agenda Tun Mahathir bukan kepada UMNO.

Bagaimana runtuhnya Kota Melaka, demikian juga berkuburnya UMNO nanti. Ia dikhianati dari dalam.

https://pakdin.my/tag/lompat-parti

UTAMAPOLITIKBagaimana runtuhnya Kota Melaka, demikian juga berkuburnya UMNO nanti angkara si Kitol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium