Bahagi Kerusi… Kenapa PN Gopoh? Nak ‘Langgar’ UMNO, Kita Pun Boleh ‘Langgar’ – Tengku Adnan - pakdin.my

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoal tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk pembahagian kerusi.

Menurut beliau, ini kerana tarikh pilihan raya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri dan bukan ketua parti.

“Tidak faham kenapa Pengerusi PN semalam telah sebut yang dia hendak agih-aihkan kerusi… tidak apalah dia hendak langgar UMNO… kita pun boleh langgar dia, saya berharap ini merupakan satu gerakan momentum kita.

“Bila dia sebut hendak langgar kita jadi kita start lah, kita sebelum ini duduk diam dan biarkan tapi oleh kerana tekanan yang telah dibuat kepada kita jadi kita pun mengambil satu kaedah untuk memastikan UMNO ini masih lagi merupakan satu pertubuhan yang masih relevan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian sejurus menerima borang keahlian daripada 120 orang termasuk Ketua PPBM Bahagian Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir yang mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta dan kembali menyertai UMNO.

Ditanya berkenaan kemasukan ahli PPBM tersebut beliau berkata situasi ini jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak ada hala tuju yang sebenar sehingga memberikan kesedaran kepada ahli-ahlinya untuk bersama dengan UMNO demi membawa perjuangan rakyat.

“Saya terima mereka ini lagi pun mereka ini tidak banyak ahli-ahli di dalam bahagian, saya tahu parti ini pun sedang berkocak dan tidak ada ahli yang begitu ramai.

“Ahli-ahli mereka telah sedar bahawa mereka sebenarnya mahukan satu pertubuhan siasah yang mempunyai kaedah untuk memastikan bahawa kepentingan orang Melayu itu akan terjaga… itu yang penting.

“Daripada senarai yang diberikan kepada saya menunjukkan bahawa mereka ini adalah ahli baharu jadi mereka ini bukanlah ahli UMNO Putrajaya yang pergi ke Bersatu, tidak ada seorang pun yang meloncat daripada UMNO ke Bersatu,” ujar beliau lagi.

UTAMAPOLITIKBahagi Kerusi… Kenapa PN Gopoh? Nak ‘Langgar’ UMNO, Kita Pun Boleh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium