‘Bahagian 2’ klip video bersemburit disebar selepas penafian Azmin

Individu yang tidak dikenali telah menyebarkan video bahagian kedua yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, petang tadi.

Modus operandi yang sama digunakan dengan beberapa kumpulan Whatsapp diwujudkan dan pelbagai individu, termasuk wartawan, dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan berkenaan.

Dalam salah satu kumpulan, individu itu memuatkan klip dengan menggunakan nama samaran ‘Najib Razak’. Walau bagaimanapun bekas perdana menteri, petang tadi menafikan dirinya bertanggungjawab.

Kumpulan Whatsapp yang dinamakan ‘Azmin Ali bahagian 2/4’, memaklumkan bahawa dua lagi klip akan disebarkan.

Terdahulu, Azmin, yang juga adalah timbalan presiden PKR, menafikan pembabitan dirinya dalam klip video bahagian pertama, yang dikeluarkan kira-kira jam 1.25 pagi, Selasa lalu.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketiga-tiga klip video yang didedahkan pada pagi Selasa lalu itu adalah sepanjang 1 minit dan 35 saat. Klip terbaru yang disebarkan hari ini pula adalah 1 minit dan 29 saat. – Mkini

http://pakdin.my/tag/video-intim

Comments (4)

  1. Mohd Tahir Jun 13, 2019 @ 12:01
  2. Mohd Fitri Jun 13, 2019 @ 12:03
  3. Ain Aiman Jun 13, 2019 @ 14:32
  4. Encik Murai Jun 13, 2019 @ 15:40

Leave a Reply