Bahagian Hospitaliti dan Perhotelan Tabung Haji Ditamatkan Operasi - pakdin.my

Hari ini Tabung Haji mengumumkan penamatan operasi dan perkhidmatan hospitaliti di bawah Kumpulan Tabung Haji.

Ia membabitkan Hotel TH di Kelana Jaya, Alor Setar, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.

Ini tidak dapat dielakkan kerana TH telah menyerahkan semua aset dan bangunan ini kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan.

UJSB telah mengambil alih semua aset ini dengan janji akan melunaskan pembelian dalam tempoh 7 tahun akan datang.

Bagaimanapun perlu diingat urusniaga ini TIDAK DIJAMIN kerajaan walaupun ia dilakukan oleh syarikat milik Kementerian Kewangan.

(sila baca tulisan saya sebelum ini : https://www.facebook.com/111526340196505/posts/185229946159477/)

Sekiranya UJSB gagal menjual aset-aset ini pada harga yang dijanjikan kepada TH, maka TH akan menanggung kerugian tersebut.

Kepada kakitangan bahagian hospitaliti TH yang bakal kehilangan pekerjaan, bertabahlah!

Marilah kita jatuhkan segera kerajaan dominasi DAP ini.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMABERITABahagian Hospitaliti dan Perhotelan Tabung Haji Ditamatkan Operasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium