24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Bajet 2012: Felda GVH Disenarai di Bursa Malaysia

FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu menjadi sebuah konglomerat global, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyenaraian itu akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan berwajaran tinggi selain menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia.

Hak dan kepentingan peneroka FELDA akan terus dilindungi oleh Koperasi Permodalan FELDA sebagai pemegang saham majoriti, tegas beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen di sini.

Peneroka FELDA dijangka menerima durian runtuh, dan jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian, kata beliau.
 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.