25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Bajet 2012: Yuran Pendidikan Sekolah Rendah, Menengah Dimansuh

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

Perdana Menteri berkata langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

“Pada masa ini pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.

“Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemansuhan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.

Najib berkata bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebagai tambahan, katanya, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada SekolahKebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya, kerajaan juga mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi beberapa galakan dengan mengambil kira peranan penting mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti menghasilkan generasi masa depan cemerlang.

Najib berkata galakan yang diberikan ialah pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun; dan potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing dan ketiga ialah pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas semuaperalatan pembelajaran.

“Kerajaan berharap dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban ibu bapa dapat diringankan,” katanya.

Najib berkata galakan juga diberikan kepada orang perseorangan dan syarikat yang menyumbang daripada sudut kewangan untuk institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan diberi potongan cukai.

Beliau berkata kemudahan itu juga dipanjangkan kepada semua tempat ibadat yang berdaftar.

Katanya kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.

Di samping itu, sektor swasta juga disaran berganding bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dengan pemberian galakan cukai seperti potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program internship.

Dua lagi galakan ialah potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan