Bajet 2016 yang diguna pembangkang untuk jatuhkan PM akhirnya lulus

Kongsi

najib-razak-bajet2016-dewan-rakyat

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2016 selepas dibahaskan enam hari di peringkat dasar dan  sembilan hari di peringkat jawatankuasa setiap kementerian mulai 26 Oktober lalu.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzah.

Bajet berkenaan diluluskan kira-kira jam 10.30 malam dengan lebih suara yang bersetuju.

Ia tidak seperti bajet-bajet sebelum ini yang terpaksa berdepan undian belah bahagian yang diminta oleh blok pembangkang dalam usaha mereka untuk mengagalkan bajet yang dibentangkan.

Bagaimanapun, pada 16 November lalu, pembangkang cuba menolak Bajet 2016 namun mereka berputih mata kerana gagal dalam undian belah bahagian di di Dewan Rakyat.

Pembangkang hanya memperolehi  74 undi berbanding  128  undi yang diperolehi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bajet 2016 memperuntukkan sejumlah RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion pada Bajet 2015

Daripada jumlah itu RM215.2 adalah bilion perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion lagi untuk pembangunan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu.

Bajet 2016 bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Bajet berkenaan menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.


Kongsi

41 Replies to “Bajet 2016 yang diguna pembangkang untuk jatuhkan PM akhirnya lulus