Bajet Alternatif 2017 Pembangkang Penuh Khayalan Dan Fantasi. - pakdin.my

Pakatan Harapan telah melancarkan Bajet Alternatif 2017 semalam, iaitu dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016.

Seperti biasa bajet bayangan pembangkang ini hanya berbentuk mencari populariti serta tidak menyeluruh.

Bajet Alternatif ini bertemakan “Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan” yang dihasilkan oleh DAP, PKR dan PAN ini banyak memberikan tumpuan kepada perkara yang akan memberikan populariti kepada mereka, tanpa memikirkan mengenai keperluan dan pembangunan masyakarat keseluruhannya.

Menariknya, bajet ini dibuat tanpa mengambil kira parti bunga, PPBM sebagai sekutu baru mereka.

Beberapa perkara hanya menyalin kulit seperti tahun lepas dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Jika dilihat kepada bajet alternatif ini, pembangkang banyak memberikan cadangan tanpa menyatakan mengenai kaedah pelaksanaannya.

Bajet yang dibuat tanpa melibatkan wang ringgit sudah tentu mudah dirancang, hanya menambah angka dan statistik semata mata.

Hampir 80% bajet 2017 ini sama dengan bajet alternatif mereka pada tahun lepas. Seolah copy and paste sahaja ayat ayatnya.

Ianya tidak realistik, hanya nampak cuba menggulakan rakyat dengan matlamat menarik undi mereka.

Ia lebih menumpukan kepada isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cukai GST misalnya akan dikurangkan kepada sifar, sama seperti cadangan tahun lepas. Sepatutnya ia dimansuhkan terus namun pembangkang mengambil langkah mengurangkannya kepada sifar sekali gus tidak memberi jaminan ia tidak akan dinaikkan jika mereka memerintah kelak.

Sepatutnya bajet alternatif ini juga bersifat menyeluruh dengan mengambil kira kebajikan dan keperluan rakyat dalam berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak.

Pembangkang juga terlupa soal pentadbiran kerajaan negeri perlu diambil kira kerana ia menandakan penanda aras kepada urus tadbir yang cekap.

Di Selangor misalnya, lebih sejuta penduduk berdepan dengan krisis air akibat pencemaran sungai baru-baru ini hingga membebankan mereka.

Dalam isu berkenaan kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan untuk mengatasi masalah berkenaan kerana ia bukan kali pertama berlaku malah sudah berulang kali.

Begitu juga di Pulau Pinang di mana isu melibatkan integriti Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah dipersoalkan selepas beliau didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah tetapi ia tidak disentuh.

Sedangkan dalam bajet alternatif itu mereka mahu memerangi rasuah. Adakah ia hanya tertakluk kepada parti lawan sedangkan anggota parti sendiri yang telah didakwa di mahkamah tetapi masih menerajui sebuah negeri, boleh dibiarkan dan hanya pejam mata?

Dan dalam banyak-banyak perkara yang dicadangkan antara yang menarik untuk diulas ialah mengenai pekerja asing di Malaysia.

Pembangkang mencadangkan kenaikan levi untuk pekerja asing di 3 sektor, mengambil pelarian untuk bekerja dan melaksanakan program untuk ‘menghalalkan’ pendatang asing tanpa izin di negara ini untuk diserap sebagai pekerja sah.

Program itu sememangnya sudah dilaksanakan kerajaan dan cadangan mengambil pelarian untuk bekerja hanya akan menyebabkan kemasukan lebih banyak golongan berkenaan ke negara ini.

Mereka juga tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan berbanding pekerja asing.

Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.

UTAMAPOLITIKBajet Alternatif 2017 Pembangkang Penuh Khayalan Dan Fantasi.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium