Bajet Azmin Ali Yang Cuai, Ceduk & Cemerkap - pakdin.my

Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada hari Jumaat lepas adalah bajet yang cuai, ceduk dan cemerkap (tidak cermat). Banyak perkara yang Azmin bentang itu meniru apa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional (BN) selama ini.

1. Bayaran Khas Tiga Bulan Gaji

Setiap tahun, kerajaan BN memberikan bonus kepada 1.6 juta kakitangan awam termasuklah pesara. Pengumuman inilah yang paling dinanti nantikan dalam setiap kali pembentangan bajet. Oleh itu, Azmin pun hendak ceduk juga idea ini dalam bajetnya di Selangor.

Tahun lepas, Azmin mungkir janji kerana kata mahu beri tiga bulan sebaliknya hanya dua bulan setengah sahaja. Tahun ini cakap beri tiga bulan tetapi yang sebenarnya beri sebulan sahaja.

Cakap beri tiga bulan, tetapi dua bulan katanya sudah dibayar. Beri kepada 17,000 kakitangan awam sahaja berbanding 1.6 juta yang dibuat oleh kerajaan BN pusat. Itu pun cakap tidak jujur.

2. Skim Insurans Percuma Kepada 10,000 Pesawah

Bila kerajaan BN memberi bantuan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulanbagi tempoh tiga bulan pertama sementara menunggu hasil tuaian padi dalam Bajet 2018, Azmin Ali pun turut sama hendak ceduk idea ini.

Azmin Ali hendak beri insurans kepada 10,000 orang pesawah sahaja di Selangor. Skim Insurans ada syaratnya yang tersendiri, Azmin mahu beri polisi kepada pesawah atau tanaman pesawah yang rosak? Inilah hasil kerja Azmin yang cemerkap (tidak cermat), akhirnya nanti pesawah tidak akan dapat apa apa pun dari kerajaan negeri PKR-DAP Selangor ini. Hanya gula gula sahaja.

Selama ini pun, Kerajaan BN Persekutuan sudah  membelanjakan sebanyak RM39 juta setiap musim bagi peruntukan input pertanian kepada seluruh petani di Selangor.

3. Duit Marris RM2.9 Billion Hilang Ke Mana?

Duit Marris sejumlah RM2.9 billion yang diberi oleh kerajaan BN pusat sejak 2012 tidak direkodkan sebagai hasil bukan cukai dalam belanjawan. Duit ini diberikan kerajaan BN pusat mengikut  Perkara 109 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor untuk menyelenggara 16,679 kilometer jalan yang ada di Selangor.

Duit Marris ini diguna untuk tujuan lain? Lihat sendirilah keadaan jalan di Selangor. Banyak jalan berlubang, kualiti tar yang rendah dan sempit.

Bila disoal oleh Barisan Nasional, barulah kerajaan Azmin Ali keluarkan notis ralat membabitkan Butir-Butir Anggaran Bagi Tahun 2018 dalam bajet negeri Selangor mengenai hasil Marris ini. Ini bukti jelas, Azmin Ali cemerkap dan cuai dalam menyediakan bajet di Selangor.

4. Bajet Defisit 26 Peratus

Hendak tempelak kerajaan BN, tapi belanjawan negeri Selangor sahaja dirangka dengan merekodkan defisit setinggi 26 peratus. Jumlah defisit Bajet 2018 Kerajaan BN Persekutuan hanyalah pada kadar 14 peratus daripada keseluruhan peruntukan.

Menurut ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, kerajaan negeri pimpinan Azmin hanya meneruskan polisi yang sudah sedia ada tanpa ada sebarang pembaharuan.

“Kadar peratusan jumlah defisit yang perlu ditangggung adalah jauh lebih tinggi daripada kerajaan Persekutuan iaitu peruntukan berjumlah RM3.12 bilion dengan defisit berjumlah RM820 juta,” kata Budiman.

5. Lawatan Najib Ke Amerika

Dalam ucapan Bajet Selangor,  Azmin mengutuk lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika dengan mengatakan kerajaan negeri Selangor tidak perlu pergi ke White House dan melutut di hadapan kuasa besar.

Kenyataan Azmin itu tidak betul. Najib dijemput  secara peribadi oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke White House. Azmin hanya bawa pulang pelaburan RM446 juta dari Amerika dan RM3 billion sahaja dari China.

Jauh berbanding nilai pelaburan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib. Dari Amerika sejumlah RM80 billion, manakala syarikat Malaysia pula diberi peluang berdagang puluhan billion di sana .

Di China pula sejumlah RM144 billion dibawa masuk. Kalau Datuk Seri Najib tidak tebas jalan buat hubungan baik dengan Amerika dan China, Azmin pun tidak dapat tumpang manfaat pelaburan itu.

6.  Skim Smart-Sewa Tiru BN

Skim menyewa dahulu sebelum mampu membeli rumah sendiri ini bulat bulat diceduk dari Barisan Nasional. Barisan Nasional sudah lama memperkenalkan skim rumah transit yang membantu golongan belia untuk menabung dan membeli rumah sendiri. Azmin ceduk dan namakan semula skim ini, padahal idea asalnya  dari Barisan Nasional.

7. Dokumen Belanjawan Isteri Tengok Dulu?

Azmin bentang Bajet Selangor pada hari Jumaat, 3 November di sebelah petang. Namun dokumen bajet negeri Selangor itu sudah dimuatnaik oleh isterinya, Shamsida di Instagramnya pada hari Jumaat, 3 November jam 8.02 pagi.

Apa jawatan isteri Azmin dalam kerajaan negeri Selangor? Shamsida semak dulu bajet negeri Selangor sebelum dibentang oleh Azmin Ali? Ini satu kecuaian dan sikap cemerkap yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Patutlah ada ralat banyak dalam ruangan hasil.

8. Cuba Tagih Undi Dari Peneroka Felda

Azmin cuba ceduk idea Barisan Nasional lagi bila mahu buat rumah untuk peneroka Felda. Apa yang Azmin sebut itu adalah janji lamanya. Azmin pernah janji  mahu membina 136 unit rumah berkembar setingkat berhampiran FELDA Sungai Tengi Selatan dua tahun lepas lagi.

Rumah tidak buat pun, bila dekat dengan pilihanraya buat janji lagi dalam bajet kerajaan negeri. Hakikatnya, kerajaan BN pusat sudah banyak membantu peneroka Felda di seluruh negara. Janji Azmin ini belum tentu lagi ditepati.

9. Bajet Pancing Undi Rakyat

Bagi Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, beliau menegaskan bajet yang dibentangkan oleh Azmin tidak ada sesuatu yang istimewa pun.

“Tiada insentif baru, lebib buruk lagi menambah-nambah kepada beberapa insentif yang dilaksana kerajaan pusat macam ada strategi potong ‘corner’, kata ADUN Batang Kali itu. Bajet Azmin itu tidak menyeluruh dan banyak ceduk idea dari Barisan Nasional.

10. Mana Pendidikan Percuma dan Pemansuhan Tol ?

Dalam bajet alternatif 2018 yang dibentang oleh Pakatan Harapan, mereka menyebut dan berjanji hendak memberi pendidikan percuma di semua universiti di Malaysia. Mereka juga berjanji hendak hapuskan tol yang ada di Malaysia.

Hanya janji sahaja. Pakatan Harapan sedang berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, tidak ada pun dalam bajet di kedua dua negeri itu tentang pendidikan percuma dan pemansuhan tol. Cukup kontradiks sekali. UNISEL dan KUIS tidak memberikan pendidikan percuma di Selangor. Tol tol yang ada di Selangor masih lagi tidak dimansuhkan.

Usahlah rakyat terpedaya dengan janji janji manis pakatan pembangkang ini. Lihatlah apa yang sudah terjadi di Selangor dan Pulau Pinang, itulah hasilnya bila mereka menjadi kerajaan.

Di Pulau Pinang lagi teruk, masalah parit dan banjir pun mereka gagal uruskan, itu pun ada hati hendak urus seluruh negara? Buat bajet pun cuai, ceduk dan cemerkap, ada hati hendak tawan Putrajaya.

UTAMAPOLITIKBajet Azmin Ali Yang Cuai, Ceduk & Cemerkap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium