SHAH ALAM: Bajet Selangor 2017 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Isnin lebih bersifat retorik untuk mengaburi mata rakyat.
Malah Ketua Penyelaras Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Nadzari Mat Dahlan turut mempersoalkan tindakan menteri besar mengumumkan penambahbaikan terhadap beberapa perkhidmatan tetapi pada masa sama masih gagal melaksanakan perkara yang dijanjikan dalam bajet sebelum ini.
“Mengenai penambahan kira-kira RM20 juta lagi untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor… beliau (Mohamed Azmin) lebih utamakan Bas Smart yang punyai perkhidmatan terhad tetapi sehingga kini masih gagal tangani penyuraian pengangkutan awam atau pengangkutan individu.
“Beliau gagal dalam uruskan banyak hal pengangkutan di Selangor… semata-mata nak popular, dia kembangkan perkhidmatan Bas Smart,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini.
Mohamed Azmin sebelum itu membentangkan Bajet Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion yang mana daripada jumlah tersebut, RM1.65 bilion atau 47.8 peratus diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan.
Selain itu, Mat Nadzari berkata, kerajaan Selangor dilihat meniru pendekatan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah membabitkan perumahan apabila mencadangkan peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan penambahan peruntukan untuk pengindahan rumah pangsa kos rendah.
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu dan ini dalam bajet lepas tapi lambat bertindak. Cakap nak buat lif di pangsapuri, kerajaan pusat cakap lama dah. Kita sebelum ini dah cakap pasal sewa beli untuk bantu golongan berpendapatan rendah miliki rumah, dia pula cadang nak wujudkan Skim Smart-Sewa.
“Isu air pun sama, dalam pembentangan bajet tadi menteri besar tuduh itu dan ini mengenai pencemaran air… dalam bajet sebelum ini cakap nak bina dua loji baharu tapi dalam bajet kali ini pun masih cakap perkara sama.
“Sebut juga mengenai Sistem Pembesaran Sungai Hibrid (HORAS) ketika bajet sebelum ini dan hari ini, tetapi mana HORASnya?,” katanya yang juga Adun Batang Kali.
Mat Nadzari turut mempersoalkan cadangan pembiayaan pengajian RM10 juta bagi anak Selangor yang menuntut di universiti awam di negeri itu, sedangkan pembiayaan sama tidak dinikmati mereka yang yang menuntut di universiti luar dari negeri itu.
Universiti yang terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sementara itu, Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, kerajaan Selangor juga tidak memasukkan agenda pemerkasaan Bumiputera dalam bajet sedangkan kaum Melayu di negeri itu masih ketinggalan.
“Di Selangor, kuota 10 peratus bagi pembelian rumah ditiadakan… ini bukan perkauman tapi di sini walaupun rakyat hidup berbilang kaum, Melayu masih tertinggal jauh.
“Di Parlimen, pembangkang kritik bajet kerajaan pusat tapi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berani bawa agenda beri manfaat kepada Bumiputera.
Di Selangor, tak pernah sekali pun dimasukkan perkara ini,” katanya.
Menurut Sulaiman lagi, kelantangan kerajaan negeri yang selama ini mengatakan mahu memperkasa kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) juga sekadar ‘cakap mulut’.
Katanya, tiada insentif atau dasar jelas yang dilihat boleh membantu golongan itu melainkan sekadar satu skim insurans keselamatan yang manfaatnya adalah sama dengan mendapat perkhidmatan perubatan percuma di Klinik 1Malaysia dan klinik kerajaan pusat.
“Kita juga dengar bajet yang dibentang betul-betul… walaupun Adun BN hanya 12 orang sahaja, tapi kita tak keluar dewan (DUN) sebab kita nak buat analisis… tak macam Anggota Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, kita hormati DUN,” katanya.
Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri sebelum ini dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat.
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/QCqq2YUWbY
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/mBU1pUWIqQ
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/SjELhsV6SC
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/5ePGMD005v
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/SDO2xePQC7
Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… https://t.co/CtpSHbHExY
RT @KamaluddinIdrus: Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… http…
Baker Jamban!!!
RT @KamaluddinIdrus: Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat – BN Selangor
“Menteri besar cakap banyak nak buat itu… http…
Hilmy A Raffar liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Amrayy Lensa liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.
Maxmilan Juka Nisir liked this on Facebook.
Muhd Azlan liked this on Facebook.
Azita Azora Sha liked this on Facebook.
Tony Chew liked this on Facebook.
Zasillah Ariffin liked this on Facebook.
Mohamad Husaini Ani liked this on Facebook.
Budak jemin ni apa pun xbole. Urus tadbir lg xtau. Yg dia pndai hulur tangan hrpkn
DEDAK BN. Bole g 2.
Jemin n the cai kna troka planet of the ape.
btl2 min byk retorik dri kerajaan najib..kerajaan selangor ni asal bkk mulut je menipu kn min lain laa kerajaan najib mne ade tipu2..kerajaan najib adalah yg paling maksum skali dlm dunia..terbaekkk najib..
Mana HORAS yang disebyt dalam bajet 2016?
2017 timbul lagi.
Nanti 2018 timbul lagi. Buatnya taj juga. Bajetnya dah di keluarkan.
Rohani Zamrod liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Safwan Shahiruddin liked this on Facebook.
Araz Caliph liked this on Facebook.
Mohd Shah liked this on Facebook.
Harimau Malaya liked this on Facebook.
Pak Long liked this on Facebook.
Syed Amiruddin Al-Habshee liked this on Facebook.
Kerajaan Selangor hanya kerajaan ‘Cakap Besar’ tapi habuk pun tak ada. Kesian rakyat Selangor kena tipu 24 jam sehari. Azmin hanya tahu jual ‘ais krim batang’ je.
tu laa tu mne pg ntah bajet nye..tgk kerajaan najib kluarkn bajet utk spital tg karang tu kn dh siap sepenuhnye…siap mcm istana lagi tersergam indah umpama istana kehakiman kt putrajaya tu…terbaekkk najib…
Fiz Hafiz liked this on Facebook.
Ariff Shah liked this on Facebook.
kite kene tipu di kerajaan bn…brpe puluh tahun dah…
Ha ha
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Noriah Jahari liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Dato Hj Saiful Bahri liked this on Facebook.
Asri Kalle liked this on Facebook.
Razak Is liked this on Facebook.
Jemin nak buat kilang process air kencing..??
Mb poyoo
Azmi Haron liked this on Facebook.
Sani Jamal liked this on Facebook.
Khaharuddin Bin Adam liked this on Facebook.
Lucy Ana liked this on Facebook.
Maya Yahaya liked this on Facebook.
Zikri Yie liked this on Facebook.
Zul Azlin Mokhtar liked this on Facebook.
Sam Anwar Hussein liked this on Facebook.
Normarzshahril Mansor liked this on Facebook.
Brader Cool liked this on Facebook.
Jazzy Jeff liked this on Facebook.
Muhammad Asyraf liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Synar Alhaddad liked this on Facebook.
Ab Aziz Yaakop liked this on Facebook.
Nizam Rahim liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Zahrul Amin liked this on Facebook.
Mohd Yusmiza liked this on Facebook.
Irwan Farid liked this on Facebook.