Home / :: BLOG :: / #Bajet2019: Golongan susah di pinggirkan

#Bajet2019: Golongan susah di pinggirkan

Selepas meneliti belanjawan 2019 dengan lebih terperinci, saya dapati peruntukan untuk pengurusan beberapa kementerian telah turun dengan dahsyat sekali- akibat dari pemotongan ataupun pemansuhan program-program bantuan rakyat.

(1) Untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar
2018: RM5.3 bilion
2019: RM3 bilion

Penurunan ini disumbang oleh pemotongan 73 peratus bajet untuk MARA, iaitu dari RM3.5 bilion bagi 2018 kepada hanya RM1.3 bilion untuk tahun depan.

(2) Kementerian Industri Utama pula dipotong lebih 72 peratus kepada RM125 juta, di mana bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh getah yang diperuntukkan RM261 juta tahun lalu, dimansuhkan sama sekali.

Setiap tahun, pekebun dan penoreh getah berdepan kesusahan untuk bekerja pada musim tengkujuh mengakibatkan pendapatan mereka jatuh teruk dan kerajaan pada masa lalu membantu meringankan beban mereka.

Mulai tahun depan, mereka tidak lagi dapat bergantung kepada bantuan ini.

(3) Kementerian Pertanian pula menyaksikan pemotongan bajet di mana pelbagai bantuan telah dikurangkan atau dimansuhkan.

Subsidi baja padi – Dipotong 50%.
Insentif pengeluaran padi – Turun 50%.
Elaun sara hidup nelayan – Potong 67%
Subsidi padi bukit – Dimansuhkan.

Mungkin penduduk luar bandar, sektor pertanian dan perladangan tidak lagi penting pada Malaysia Baharu?

Walaupun sudah memaksa Petronas untuk membayar RM54 billion untuk tahun in dan tahun depan, golongan-golongan di atas seperti telah diketepikan..

Facebook Najib Razak
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10155692700940952?__xts__

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/bajet-2019

(Visited 15 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

3 comments

  1. Aija Wahab

    Mad day dah cakap kannn… KERA jaan PHarpundek…. tidak akan.memanjakan rakyat…. lg lah raktat yg susah.. dan kerja jd kuli tuuu..

  2. Hamidah Aziz

    Knp ye…bajet yg x ambil kira kebajikan rakyat yg susah…

  3. Riduan Narawi

    Belanjawan tidak adil. Sarawak diagih 4 bilion sedang setiap negeri di semenanjung 27 bilion.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.