#Bajet2019: Hutang rasmi negara untuk 2019, RM820 bilion - pakdin.my

Semasa BN memerintah, kita dituduh berulangkali oleh PH kononnya perbelanjaan kita terlalu tinggi. PH kata mereka mampu mengurangkannya bila mereka memerintah, dan itu juga diucapkan berulangkali.

Tetapi Belanjawan 2019 menunjukkan perbelanjaan mereka akan jauh lebih tinggi berbanding pada masa kita.

Selain menjarah rizab Petronas dan penjualan aset kerajaan yang begitu banyak, defisit kerajaan untuk tahun depan ialah 3.4%, dan bermakna perbelanjaan adalah RM54 billion lebih tinggi dari hasil kerajaan.

BACA sini: #Bajet2019: Aset negara dijual, rizab tunai Petronas di jarah oleh rejim PH (https://pakdin.my/bajet2019-aset-negara-dijual-rizab-tunai-petronas-di-jarah/)

Defisit kerajaan untuk tahun 2018 ini juga telah naik kepada 3.7% berbanding sasaran 2.8%. Ini bermakna kerajaan sudah meminjam lebih banyak wang dari jangkaan.

Di dalam belanjawan 2019 semalam, Guan Eng memberi tahu bahawa nisbah hutang rasmi kerajaan dijangka akan naik kepada 51.8% berbanding 50.7% bersamaan dengan RM687 bilion pada akhir tahun 2017.

Kenaikkan nisbah kepada 51.8% ini bermakna hutang rasmi kerajaan di bawah PH dijangka naik ke sekitar RM820 bilion pada tahun 2019 berbanding RM687 bilion yang ditinggalkan oleh kerajaan BN.

PH selalu memberi alasan mahu mengurangkan hutang tetapi nampaknya halatuju mereka ialah untuk menaikkan hutang rasmi pula.

Mungkin mereka mahu benar-benar mencapai angka RM1 trilion rekaan mereka.

Facebook Najib Razak

…………………

https://pakdin.my/tag/hutang-negara

UTAMAEKONOMI#Bajet2019: Hutang rasmi negara untuk 2019, RM820 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium