Bakal digugurkan dari kabinet, Maszlee bantai Muhyiddin - pakdin.my

Disebabkan terdengar khabar bahawa akan ada rombakan kabinet dalam masa terdekat, dan ada ura-ura yang beliau berkemungkinan akan digugurkan, hari ini Maszlee Malik melancarkan serangan secara senyap-senyap terhadap presiden partinya, TS Muhyiddin Yasin.

Berselindung di sebalik status terbaru menerusi ‘Facebook Page’ beliau yang zahirnya kelihatan seperti menghentam KJ, Maszlee mendedahkan surat teguran daripada Jabatan Audit Negara (bertarikh 1 Mac 2016) yang menunjukkan beberapa masalah pengurusan projek berkaitan RMT oleh Kementerian Pendidikan ketika itu.

Oleh kerana surat tersebut bertarikh 1 Mac 2016, maka dapatlah disimpulkan bahawa teguran Jabatan Audit itu adalah berkaitan dengan auditan ke atas tahun 2015.

Seperti yang kita sedia maklum, sehingga 2015, jawatan Menteri Pendidikan dipegang oleh TS Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM iaitu parti yang kini turut dianggotai oleh Maszlee sendiri.

Justeru, sudah tentu projek-projek yang dimaksudkan di dalam surat itu adalah berada di bawah seliaan Muhyiddin. Sebarang pendedahan berkaitannya mungkin akan membawa implikasi yang buruk terhadap imej Muhyiddin selaku Menteri yang bertanggungjawab ketika itu.

Dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa sebenarnya Maszlee sedang bermain dengan api dan pendedahan ini merupakan amaran senyap daripada Maszlee terhadap Muhyiddin, dengan harapan walaupun rombakan kabinet dibuat, jawatan Menteri Pendidikan dapat terus berada dalam genggamannya.

“Pukul anak, sindir menantu”. Maszlee berpura-pura hentam KJ, sedangkan sebenarnya dia menyindir serta mengancam Presiden Partinya, TS Muhyiddin Yasin.

https://pakdin.my/tag/maszlee

UTAMAPOLITIKBakal digugurkan dari kabinet, Maszlee bantai Muhyiddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium