Bakal disiasat tweet perkataan Royal my foot (Diraja) - pakdin.my

tony-pua-royal

Bak kata pepatah ‘kerana mulut badan binasa’.

Itulah yang bakal dihadapi Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, berhubung tweet beliau selepas penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya.

Malahtonyphuadap Pua dijangka akan dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat.

“@PDRMsia akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dgn ‘Royal my foot’. Adakah ditujukan kpd Raja2 Melayu?,” katanya di status terbaru pada Isnin.

Pua, yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini menulis di Twitter: “Bastards. Real Bastards. Royal my foot,” bersama-sama dengan pautan ke artikel mengenai penangkapan Nurul Izzah.

‘Posting’ tersebut kini telah disunting dan hanya dapat dibaca sebagai ‘Bastards’.

Walau bagaimanapun Pua memberitahu Malay Mail Online sehingga kini beliau masih belum dihubungi polis.

“Saya beri jaminan 100% tweet itu tidak ditujukan kepada Raja-raja Melayu. Jadi dia (Khalid) tidal perlu risau,” katanya.

Alasan yang diberikan memadam entri terdahulu adalah disebabkan Khalid tidak faham maksud dia yang sebenar.

Nurul Izzah telah ditahan semalaman di Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.

Pendengaran reman beliau dijangka diadakan pada pukul 10 pagi Selasa.

Beliau didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan ketika menyampaikan ucapan di Parlimen bagi pihak bapanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri penjara Anwar Ibrahim, Selasa lepas.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditahan di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 3.30 petang Isnin selepas memberi keterangan berhubung himpunan “Kita Lawan” pada 7 Mac.

UTAMABERITABakal disiasat tweet perkataan Royal my foot (Diraja)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium