Bakal jumpa Ayash Affan buat pertama kali, Shuib teringat pesan Allahyarham Siti Sarah - pakdin.my

Sebelum ini pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memaklumkan akan bertemu anak bongsunya, Ayash Affan selepas beberapa minggu dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Shuib, keadaan bayi pada waktu itu stabil dan menunjukkan perkembangan positif sebelum boleh dibawa pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan berita gembira…”
Menerusi perkongsian Shuib di Instagram Story miliknya, beliau meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana sempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-37 pada 12 September, Allah SWT telah memberikan berita gembira buatnya iaitu bertemu dan sekaligus dapat menyentuh Ayash Affan buat pertama kali.

Dan semestinya saat ini adalah yang paling di tunggu-tunggu Shuib dan keluarga apabila dapat melihat Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari.

“Insya-Allah sayang, saya akan jaga dia macam mana saya jaga awak…”
Menerusi hantaran terbaharu Shuib di instagram story miliknya, beliau dilihat mengenang semula kata-kata dan pesanan yang dititipkan oleh Allahyarham Siti Sarah kepadanya agar menjaga anak keempatnya itu dengan latar belakang tempat dimana beliau dan isteri tercintanya selalu meluangkan masa bersama-sama.

“Insya-Allah, Alhamdulillah harini jumpa Ayash Affan. Maih ingatlagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali.

“Baby yang ke-4 ni, you jaga dia tau, you jaga tau,  you jaga okay.

“Insya-Allah sayang, saya akan jaga dia macam mana saya jaga awak. Sampailah da jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggan you dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dengan Allah SWT. Cuma satu je saya mohon, dooakan perjalanan saya yang masih jauh. Doakan saya selalu kuat. I Love You Sayang.” Tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Baby Balik Rumah, Dia Nak Minum Susu Apa?” Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Elak Risiko Jangkitan Covid-19, Shuib Tangguh Hasrat Lawat Anak

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi.

UTAMAGAYA HIDUPBakal jumpa Ayash Affan buat pertama kali, Shuib teringat pesan Allahyarham Siti...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium