30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Bandar Bintulu siap menunggu sambutan Hari Malaysia

Persiapan bagi sambutan Hari Malaysia yang dijadual akan dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada malam Ahad berjalan lancar di lapangan terbang lama Bintulu.

Majlis yang akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu akan menyaksikan kota tenaga ini mencatat sejarah tersendiri kerana dipilih sebagai tuan rumah sambutan tersebut bagi peringkat kebangsaan.

Tinjauan hari ini mendapati bandar yang kian pesat membangun ini mulai kelihatan lebih sibuk berbanding hari-hari biasa berikutan kedatangan para pegawai dan petugas sambutan berkenaan dan ketibaan para tetamu undangan.

Di kawasan tepi tapak berlangsungnya acara berkenaan itu juga mula dipenuhi dengan gerai-gerai menjual pelbagai barangan cenderamata dan pakaian.

Pentas utama dan pentas tetamu kehormat juga telah siap didirikan, cuma tinggal kerja-kerja terakhir sebelum raptai penuh diadakan pada malam ini dengan disaksikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib dan isteri Puan Sri Rosmah Mansor dijangka tiba di Bintulu pada petang Ahad. Mereka dijadualkan menghadiri program tinjauan mesra di Kampung Asyikirin kira-kira pada jam 4.45 petang.

Majlis sambutan Hari Malaysia di lapangan terbang lama akan berlangsung pada kira-kira jam 8.30 malam Ahad yang akan diselitkan dengan pertunjukan bunga api, persembahan khas janji ditepati dan lain-lain acara sampingan.

Gambar-gambar menunjukkan sekitar persiapan di kawasan lapangan terbang lama Bintulu hari ini.

 

 

 

 

 

 

 






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan