Bangkai Dugong Ditemui Di Kota Tinggi - pakdin.my

bangkai-dugong-kota-tinggi

Seekor dugong ditemui mati terdampar di Pantai Tanjung Logok, Kota Tinggi pada pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi berkata dugong tersebut ditemui orang awam kira-kira 10 pagi sebelum memaklumkan kepada Jabatan Perikanan.

“Keadaan bangkai tersebut dalam proses mereput,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata biasanya dugong cedera dan mati akibat terkena kipas bot, namun Jabatan Perikanan menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian haiwan itu.

Dugong itu dipercayai mati sudah lebih 24 jam.

Munir berkata belum diketahui dari mana mamalia laut itu datang.

Sementara itu beliau berkata kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta tahun ini untuk membangunkan pusat santuari dugong di kawasan antara Pulau Tinggi dan Pulau Sibu berhampiran Mersing.

“Pelan perancangan pusat santuari itu sudah dibuat dan pembangunan pusat tersebut yang bakal menempatkan 50 ekor populasi dugong akan dimulakan tahun ini,” katanya.

UTAMABangkai Dugong Ditemui Di Kota Tinggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium