Bangun awal pagi kurangkan risiko diserang kanser payudara

KAJIAN mendapati wanita yang bangun awal pagi berdepan risiko rendah untuk diserang kanser payudara.

Pasukan penyelidik menggunakan data ke atas 180,126 wanita dari UK Biobang dan 228,951 wanita dari Konsortium Persatuan Barah Payudara.

Mereka melaporkan terdapat bukti yang konsisten bahawa bangun pagi mempunyai kesan perlindungan terhadap risiko kanser payudara.

Kajian itu turut menyokong penemuan bahawa tidur lebih tujuh ke lapan jam sehari boleh memberikan kesan yang bertentangan ke atas risiko kanser payudara.

Penyelidik berkenaan menekankan tentang kesan yang ditemui mereka adalah kecil jika dibandingkan dengan faktor kanser payudara yang lain, seperti Indeks Jisim Badan (BMI), penggunaan alkohol dan merokok.

Kanser payudara bermula dalam tisu payudara dan meningkat apabila sel tidak normal membesar tanpa kawalan sehingga memudaratkan tisu berhampiran dan kemudian tersebar ke bahagian tubuh yang lain.

Walaupun kanser tersebut sering menyerang golongan wanita, kaum Adam juga berisiko untuk mengalami barah payudara. – Medical News Today