Bangunan asrama Maahad Darul Quran tiada CF - pakdin.my

Asrama Maahad Darul Quran hangusMARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bangunan asrama Maahad Darul Quran dimiliki parti itu yang musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin, tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, yang juga penasihat pengurusan Maahad Darul Quran, yang terletak di Rusila itu, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Kerjasama (pun) dah ada sedikit sebanyak sebelum ini, bahkan bomba (pernah) datang buat latihan dengan pelajar-pelajar di sini jika berlaku kebakaran. Cuma hal-hal lain kita sedia menerima nasihat daripada pihak bomba,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian selepas menerima kunjungan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menghulurkan derma kepada pihak pengurusan Maahad Darul Quran di rumahnya semalam.

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara NGO pertama menghulurkan sumbangan bagi membina semula bangunan asrama Maahad Darul Quran yang musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi kelmarin.

Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor berkata, rancangan mengutip dana bagi membina bangunan baru termasuk mempercepatkan pembinaan bangunan sedia ada berikutan asrama berkenaan dilaporkan musnah dalam kebakaran kelmarin.

“Setakat ini, RM30,000 berjaya dikumpulkan dan kami menjangka mampu memperoleh RM100,000 dalam masa beberapa hari lagi bagi membina semula bangunan baru untuk kegunaan pelajar di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

UTAMABERITABangunan asrama Maahad Darul Quran tiada CF

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium