24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Banjir: 1,145 Penduduk Kampar Dipindahkan

KAMPAR  — Seramai 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di sini dipindahkan sejak pagi Khamis setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam lebih tiga meter berikutan hujan lebat sejak petang semalam hingga awal pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua mangsa dari Kampung Batu 20, Kampung Baru, Kuala Dipang, Kampung Malaya, Kampung Pasir, Kampung Nyior dan Kampung Pulau Bergading dipindahkan ke dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar (SMK) dan Dewan Pulau Bergading di sini.

“Keadaan banjir yang berlaku di sini berikutan hujan lebat yang luar biasa malam tadi menyebabkan air Sungai Kampar melimpah,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di SMK Kampar.

Sementara itu, Zambry berkata hujan lebat itu turut menyebabkan banjir di kawasan Ijok, Selama yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sungai Jernih, Kampung Masjid dan Kampung Sangkut.

Seramai 39 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Sungai Segar.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.