Banjir: 545 Orang Dipindahkan Ke Dua Pusat Pemindahan Di Dengkil - pakdin.my

Seramai 545 orang dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan di Dengkil, Sepang, Selangor Ahad apabila kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 pagi.

Katanya 40 anggota dari tiga buah balai bomba iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya dikejarkan ke 10 lokasi yang terjejas teruk.

Antara kawasan itu ialah Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Mohd Sani berkata 348 mangsa banjir kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil manakala 197 yang lain dipindahkan sementara ke Dewan Kampung Semarang.

UTAMABERITABanjir: 545 Orang Dipindahkan Ke Dua Pusat Pemindahan Di Dengkil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium