BANJIR: Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara – @NajibRazak

golf-najib-obama

- Advertisement -

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.

Sebaliknya, perdana menteri berkata aktiviti itu telah dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Tambahan pula, katanya, jemputan itu telah disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.

Bercakap pada sidang media di sini selepas meninjau kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan, beliau berkata: “Sebenarnya, waktu Presiden Obama melawat Malaysia, beliau menyatakan kalau kebetulan saya berada di Hawaii dengannya (Obama), dia nak saya main golf dengan dia.

“…dan Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa…sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai ‘golf diplomacy’.

Najib berkata walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya dan terus terbang ke Kota Baharu untuk melihat sendiri perkembangan situasi banjir.

“Setiap hari saya di sana saya terima laporan terkini tentang keadaan banjir…oleh kerana ia semakin serius saya buat keputusan balik ke tanah air secepat mungkin dan terus ke Kota Baru. Saya tak balik rumah lagi ni.

“Dan (saya) buat lawatan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan amat komited untuk terus membantu mangsa banjir,” katanya.

Banjir di Kelantan kini semakin meruncing apabila puluhan ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.