25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Banjir Di Chennai: Lebih 90 Rakyat Malaysia Masih Terkandas

banjir-chennai-india

NEW DELHI: Lebih daripada 90 rakyat Malaysia masih terkandas di bilik hotel dan rumah mereka dengan pihak berkuasa India memperhebatkan operasi besar-besaran bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Lebih banyak bot dan helikopter digunakan hari ini berikutan lawatan perdana menteri Narendra Modi lewat petang semalam ke kawasan yang terjejas teruk dengan gelombang kedua banjir.

Konsul Jeneral Malaysia R. Citra Devi ketika dihubungi berkata sehingga lewat malam tadi, kira-kira 249 rakyat Malaysia menghubungi pusat krisis banjir yang ditubuhkan pejabatnya untuk memberikan bantuan.

“Kira-kira 158 daripada mereka diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dan ada yang berjaya mencari jalan ke Tiruchi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru di Karnataka,” tambah Citra.

Beliau berkata sehingga pukul 10 pagi tadi, 91 pelancong dan pelajar Malaysia masih terkandas tetapi kebanyakan daripada mereka berada di ‘zon selamat’ dengan beberapa kawasan banjir sudahpun surut.

“Satu-satunya masalah utama yang kami hadapi di sini pada masa ini ialah kekurangan makanan dan kami tidak mempunyai sokongan logistik yang mencukupi khususnya bot untuk menyelamatkan mereka,” kata Citra.

Konsul Jeneral itu berkata kebanyakan kedai dan pejabat masih ditutup dan bandar raya itu masih belum pulih.

Beliau berkata cuaca hari ini baik dengan beberapa stesen minyak di bandar itu sudah beroperasi.

Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan lebih banyak hujan akan turun di Tamil Nadu pada 36 jam akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa penerbangan India mengumumkan tujuh penerbangan komersil beroperasi semula pagi ini dari pangkalan udara Rajali kira-kira 70 kilometer dari Chennai manakala lapangan terbang antarabangsa masih ditutup kerana landasan ditenggelami air.

Menteri Dalam Negeri India Rajnath Singh memberitahu Parlimen semalam bahawa sebanyak 269 orang maut akibat hujan lebat di Tamil Nadu, 54 di Andhra Pradesh dan dua kematian dicatatkan di Puducherry.

Berita Berkaitan

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah...

Pakistan sasar penanaman ganja ‘hemp’ untuk pasaran global

ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan...

Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut. Perdana Menteri, Jeneral...

Thailand promosi ganja sebagai tumbuhan ekonomi baharu

BANGKOK: Thailand mahu mempromosikan 'hemp' (spesies ganja) sebagai tumbuhan ekonomi baharu, dengan sokongan bagi...

[Video] 2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan