Banjir Di Jakarta: Pelajar Malaysia Selamat Tapi Diarah Berpindah - pakdin.my

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di beberapa laluan di Jakarta, Indonesia pada Khamis. Keadaan itu menyebabkan berlakunya kesesakan trafik di beberapa bahagian di bandar itu manakala beribu-ribu mangsa terpaksa dipindahkan akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat. Seorang pegawai di Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Johan Freddy memberitahu pihak berkuasa cuba memindahkan hampir 100,000 mangsa apabila rumah mereka ditenggelami air

JAKARTA: Education Malaysia (EM) Indonesia pada Khamis mengarahkan pelajar Malaysia yang terjejas teruk dengan banjir di Jakarta supaya berpindah ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.

Pengarah EM, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, pada masa ini semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan telah bersiap sedia berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

“Pihak EM Indonesia sentiasa berhubung dengan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta Asydad Azharudin dan Pengerusi Kelab Umno Jakarta, Farisan, untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar-pelajar yang terlibat selain telah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) bencana diaktifkan,” katanya di sini. Kawasan kediaman pelajar Malaysia di Grogol dan Tanjung Duren di Jakarta Barat, adalah antara kawasan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 1 meter, dalam kejadian banjir di Jakarta akibat hujan lebat sejak awal hari ini hingga tengah hari Khamis.

Pelajar Malaysia yang terlibat kebanyakannya penuntut Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universiti Trisakti.

Kedua-dua universiti itu telah membatalkan kuliah kerana kawasan universiti turut terjejas akibat banjir.

Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir mulai Khamis hingga 27 Januari berikutan banyak tempat dinaiki air termasuk kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar.

UTAMABERITABanjir Di Jakarta: Pelajar Malaysia Selamat Tapi Diarah Berpindah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium