Banjir di Shah Alam

18
5

banjir-seksyen13-shah-alam-1

Beberapa lokasi di Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebih dua jam petang tadi.

Antaranya ialah Seksyen 20, Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga.

shah banjirHujan sejak jam 1 tengah hari juga menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air selain menyaksikan kenderaan terperangkap.

Turut terjejas adalah operasi Stesen Komuter Batu Tiga kerana landasan kereta api yang turut dinaiki air.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan perkhidmatan komuter dan kereta api di stesen berkenaan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu kerana landasannya dinaiki air.

Setakat ini, jalan utama keluar masuk ke bandar ini turut mengalami kesesakan lalu lintas namun masih terkawal.

Situasi banjir kilat berhampiran Tol Shah Alam menyebabkan kesesakan teruk dari NKVE , Guthrie dan dari ELITE.

Loading...

Comments

comments

18 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here