Banjir, Fuziah Salleh Kantoi Menipu - pakdin.my

Air dah sampai leher Fuziah Salleh
Air dah sampai leher Fuziah Salleh

 

Isu pembohongan pimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu perkara yang baru. Malah pihak media pernah berulang kali mendedahkan ‘wajah sebenar’ mereka yang sering ‘terkantoi’ dengan perbuatan tersebut. Malah Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim juga sering kali ditangkap dengan beberapa isu yang secara jelas membuktikan pembohongan yang dilakukan.

Contohnya media baru-baru ini mendedahkan penipuan Anwar berhubung isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dikatakan sebagai pengundi hantu. Namun apabila didesak mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut, Anwar dengan segera menafikan kenyataan tersebut.

Paling menarik, dia bukan setakat menafikan kenyataan, malah turut meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Tetapi ternyata Anwar terlupa, semua kenyataan berhubung isu tersebut telah direkodkan. Bak kata pepatah “kalau tidak menipu, bukanlah Anwar Ibrahim namanya”.

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap Anwar itu, ramai pimpinan pakatan pembangkang khususnya di dalam PKR pula mewarisi sikap tersebut. Sebagai contoh, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh baru-baru ini cuba membawa usul tergempar berhubung masalah banjir yang berlaku di Kuantan untuk meminta kerajaan mengisthiharkan darurat di kawasan tersebut.

Dari satu segi, usaha tersebut merupakan satu tindakan yang sewajarnya, tamabahan pula dia adalah merupakan wakil rakyat bagi kawasan tersebut. Namun apa yang dikesalkan apabila dia cuba memberikan persepsi kononnya kerajaan tidak peka terhadap isu tersebut. Paling mengecewakan, dia turut mendakwa langsung tiada sebarang bantuan dan jentera yang digerakkan bagi membantu magsa yang terlibat.

“(Saya terima) panggilan daripada rumah tengah malam, air sampai leher, mohon dibantu dan tidak ada Jabatan Perkhidmatan Awam datang, tidak ada bot, tidak ada polis, tidak ada bomba. Saya terima panggilan daripada pusat pemindahan banjir, 4000 penduduk JKM tidak masuk, tidak ada makanan pukul 3 pagi,” katanya.

Sedangkan mengikut laporan yang diterima, hampir seluruh agensi kerajaan telah digerakkan bagi membantu mangsa yang terlibat. Tidak cukup dengan itu hampir 2,400 Askar Wataniah turut digerakkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada saat-saat genting. Malah mereka turut menawarkan aset-aset seperti bot atau trak bagi memudahan proses pemindahan.

Disebabkan tuduhan tersebut, Wanita Umno sebelum ini menyelar tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Sambil menafikan tuduhan jahat itu, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di negeri-negeri terlibat.

“Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini kerana semua turun ke padang.

“Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi pembangkang,” katanya.

 

UTAMAPOLITIKBanjir, Fuziah Salleh Kantoi Menipu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium