26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

BANJIR: Jangan Terpedaya Helah Penipu Kutip Derma – Polis

Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai kutipan bantuan kemanusiaan yang kononnya untuk didermakan kepada mangsa banjir.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mereka yang ingin menghulurkan bantuan harus menyemak terlebih dahulu pertubuhan ataupun individu berkenaan bagi memastikan kesahihannya.

Beliau berkata ia juga bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Selepas banjir, kita lihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pihak membuat kutipan dan sebagainya, namun bantuan yang kita hulurkan itu disampaikan kepada mangsa atau sebaliknya?

“Kita puji sikap prihatin untuk membantu mangsa dengan melancarkan bantuan dan kutipan tetapi pastikan tidak tertipu dan sumbangan yang dihulurkan itu diterima mangsa banjir,” katanya.

Justeru, Jamshah berkata masyarakat yang ingin menderma perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada saluran yang betul termasuk menerusi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut, namun akan terus memantau agar orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kita memandang serius perkara ini dan pemantauan akan dilakukan bagi mengelak orang ramai ditipu,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...