Banjir Kelantan: 88 lagi mangsa banjir terima rumah sebelum Aidilfitri - pakdin.my

rumah-kekal-mangsa-banjir-kelantan-tanah

Sejumlah 97 unit rumah kekal baharu telah siap dibina bagi mangsa banjir besar akhir tahun lalu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 88 unit lagi akan siap sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, pecahan bilangan rumah kekal baharu yang siap dibina mengikut negeri ialah sebanyak 37 unit di Kelantan, 21 unit di Pahang, 3 unit di Terengganu dan 6 unit di Perak.

“Untuk mempercepatkan usaha pembinaan rumah kekal baharu, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) untuk membina rumah-rumah berkenaan di kawasan penempatan berkelompok,” katanya di Dewan Negara, Khamis.

Banjir besar akhir tahun lalu menyebabkan 2,094 unit rumah kekal baharu telah dikenalpasti perlu dibina untuk mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal.

“Daripada jumlah itu, 1,415 unit akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan 573 unit akan dibina oleh kerajaan-kerajaan Negeri,” kata Shahidan.

Tambahnya, pecahan pembinaan rumah kekal baharu mengikut negeri, Kelantan 1,255 unit dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan 572 unit oleh Kerajaan Negeri.

Sejumlah 224 unit akan dibina Kerajaan Persekutuan di Pahang, 16 unit di Terengganu (1 unit oleh kerajaan negeri), 26 unit di Perak.

Semua itu diputuskan setelah kerajaan menubuhkan Unit Pemulihan Pasca Banjir 4 Februari lalu.

UTAMABanjir Kelantan: 88 lagi mangsa banjir terima rumah sebelum Aidilfitri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium