30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

BANJIR: Kerjasama Kerajaan Pusat, Kelantan Bangunkan Semula Negeri Itu Luar Biasa

Ketibaan Najib di Kelantan untuk meninjau keadaan banjir
Ketibaan Najib di Kelantan untuk meninjau keadaan banjir

Kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan membangunkan semula negeri itu selepas dilanda bencana banjir disifatkan sebagai satu kerjasama yang perlu diteruskan untuk kebaikan rakyat di negeri itu.

Pelbagai pihak yang menyokong kerjasama itu berharap ia menjadi penanda ke arah menyaksikan kerjasama yang membawa kepada kebaikan, perlu dipertingkatkan.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri tanpa mengira fahaman politik amat perlu dalam usaha pemulihan dan pembaikan pasca banjir.

“Persoalan politik dan kepartian serta isu personaliti harus diketepikan agar usaha keseluruhannya ditumpukan kepada kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berharap kerjasama ini akan membawa kepada persefahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh di antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, termasuk dalam aspek pembangunan alam sekitar, ekonomi, politik, kemasyarakatan dan keagamaan dan membantu mengurangkan politik kepartian yang kurang sihat, katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir pula berkata kerjasama ini diharapkan menjadi permulaan baik bagi memastikan ekonomi dan kehidupan rakyat Kelantan diberi perhatian utama.

“Ini merupakan permulaan baik untuk menjadikan perpaduan masyarakat Melayu terpelihara tanpa menghiraukan pengaruh politik yang ada,” katanya.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM), kerjasama seumpama itu harus dilihat sebagai penanda aras untuk menyelesaikan isu banjir.

Beliau berkata ideologi politik tidak seharusnya dijadikan halangan untuk membantu masyarakat khususnya ketika bencana seperti banjir yang melanda negara baru-baru ini.


“Saya rasa ini adalah satu permulaan yang baharu dan baik di bawah pimpinan PAS di Kelantan dan mungkin bencana banjir ini boleh digunakan oleh kedua-dua parti tersebut untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin demi kebaikan masyarakat dan negara,” katanya.

Sivamurugan juga berkata kedua-dua parti itu harus mengabaikan tindakan segelintir pihak yang menentang kerjasama ini kerana mereka mungkin terlalu taksub dengan fahaman politik yang sempit.

Katanya, rakyat negeri Kelantan juga perlu memberikan sokongan kerana kerjasama yang bakal terjalin akan memberikan banyak kelebihan secara tidak langsung kepada penduduk negeri berkenaan.

Beliau juga berkata kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri membuktikan kedua-dua pihak menitikberatkan kebajikan masyarakat dan secara tidak langsung mengenepikan ideologi politik masing-masing.

Berkongsi pandangan yang sama, anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata keharmonian negara akan terus terpelihara jika kerjasama sebegini dilakukan pada masa akan datang.

Beliau yang juga seorang aktivis sosial berkata kebajikan masyarakat lebih penting daripada fahaman politik dan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah langkah terbaik menangani cabaran bencana banjir.

“Gabungan kerjasama antara BN dan PAS ini pasti akan mengembalikan semangat masyarakat Kelantan. Selain itu, ia juga adalah muafakat yang dicapai melalui bencana,” katanya.

Katanya kerjasama dalam menangani isu pasca banjir itu akan mengikis sentimen politik sempit dan melahirkan masyarakat berpandangan jauh.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...