24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Banjir kilat di tiga kampung di Gua Musang

Gua Musang: Hujan lebat tiga jam bermula jam 8 malam tadi menyebabkan 30 rumah penduduk di tiga kampung di sini dilanda banjir kilat.

Banjir kilat yang melanda Kampung Tanah Puteh, Kampung Lepan Jaya dan Agropolitan Rantau Manis itu disebabkan limpahan air dari anak sungai berhampiran.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah, Mohd Yusalmi Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 10 malam dan 10 anggota dikerah ke lokasi.

Paling teruk terjejas ialah Kampung Tanah Puteh yang mana air naik hingga ke paras pinggang dan penduduk tidak sempat menyelamat barangan rumah. Tiada penduduk dipindahkan kerana banjir surut mulai jam 3 pagi.

Seorang penduduk yang ditemui, Norizan Awang, 48, berkata banjir kilat mula memasuki rumahnya jam 10 malam. Ketika itu dia sempat meletakkan dokumen penting di tempat yang selamat.

“Dalam keadaan kelam kabut, air sudah naik separas pinggang. Berikutan itu, saya bergegas menyelamatkan anak perempuan dan lima lagi anak keluar ke tempat selamat.

“Ini adalah kali kelima rumah kami kena banjir tahun ini. Kami jangka banyak kali terpaksa meredah banjir kerana musim tengkujuh baru bermula,” katanya.

“Ini adalah kali kelima rumah kami kena banjir tahun ini.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...