Sunday - July 25, 2021 @ 08:32
BERITANASIONALBanjir Kilat Sebabkan Lalu Lintas Sesak Di Puchong

Banjir Kilat Sebabkan Lalu Lintas Sesak Di Puchong

Trafik sesak akibat banjir kilat di Puchong
Trafik sesak akibat banjir kilat di Puchong

KUALA LUMPUR: Lalu lintas sesak teruk di beberapa jalan utama di sekitar Puchong petang ini ekoran banjir kilat antaranya di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan lalu lintas berlaku di laluan New Pantai Expressway (NPE), Bulatan Kewajipan hingga susur LDP di kedua arah, Lebuhraya Sprint dari arah Damansara Utama hingga plaza tol Damansara Utama pada kira-kira jam 6.13 petang Isnin.

Keadaan di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall yang dilanda banjir kilat
Keadaan di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall yang dilanda banjir kilat

Jurucakap bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat pada jam 5.30 petang ekoran hujan lebat dan menghantar satu jentera penyelamat ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap bomba itu, beberapa buah kenderaan dilaporkan ‘terperangkap’ dalam banjir kilat itu berhampiran IOI Mall.

Air juga dilaporkan naik di sekitar kawasan parkir pusat beli-belah tersebut hingga menenggelamkan beberapa buah kenderaan, katanya.

“Punca banjir dipercayai disebabkan longkang tersumbat,” kata beliau.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here