30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Banjir Lumpur Lentang: Disebabkan "Aktiviti" Di Luar Kawasan Selenggaraan

banjir-lumpur-lentang-anih

Kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak lewat petang semalam dipercayai berpunca daripada “aktiviti” di luar kawasan penyelenggaraan ANIH Berhad.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad Datuk Dr Azmil Khalid berkata, sampah sarap, kayu balak dan batu-batuan yang dihanyutkan dalam kejadian berhampiran Hutan Lipur Lentang itu menunjukkan terdapat aktiviti berkenaan menyebabkan berlaku limpahan air.

“Ingin saya tegaskan ini bukan kejadian tanah runtuh seperti mana yang disiarkan di akhbar, di laman sosial Facebook dan Twitter, ia bukan, tetapi ini adalah kejadian banjir lumpur.

“Sebab itu kita lihat ada batu-batuan, sampah sarap dan balak lama yang dihanyutkan sekali dengan air deras macam air terjun seperti yang berlaku semalam.

“Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi, namun kami percaya berpunca daripada daripada aktiviti luar kawasan penyelenggaraan ANIH, sama ada diluluskan atau tidak, itu di luar bidang kuasa,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang maksud “aktiviti” tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan di sini Khamis. Turut sama ialah Pengarah ANIH Berhad Nik Fauzi TS Nik Hussein.

Katanya, ANIH Berhad sendiri telah menghantar sepasukan pegawainya bagi menyiasat tentang perkara tersebut bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Pada masa sama pegawai ANIH Berhad juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Pejabat Daerah Bentong, Pejabat Tanah dan Galian Bentong untuk menghentikan sebarang aktiviti pembangunan yang sedang dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Ini kerana katanya, kawasan sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa itu amat sensitif dengan sebarang kegiatan pembangunan dan perlu pengawasan.

Menurut beliau ANIH Berhad sendiri sentiasa melakukan pemantauan cerun dari semasa ke semasa dan tanggapan mengatakan berlaku tanah runtuh hanya menimbulkan implikasi negatif kepada syarikat berkenaan sebagai pemegang konsensi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu kerja-kerja membersihkan sisa banjir lumpur kini giat dilakukan dengan menggunakan pelbagai jentera berat termasuk dua buah jengkaut dan beberapa buah jentolak.

Menurut Azmil bilangan jengkaut itu akan ditambah untuk memastikan kerja pembersihan dapat dilakukan secepat mungkin.

“Kita menjangkakan paling awal kerja-kerja pembersihan ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari jika ia dilakukan selama 24 jam dan apa yang penting untuk kita adalah keselamatan pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun bila jalan tersebut akan dibuka hanya akan ditentukan oleh pihak polis,” katanya.

Setakat pukul 1.30 petang ini lebuh raya berkenaan masih ditutup di kedua-dua arah menyebabkan beratus-ratus kenderaan terkandas sejak awal pagi tadi.

Pada masa sama Azmil turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar mengenai kejadian itu kerana ia hanya memburukkan keadaan.

banjir-lumpur-lentang-kayu

banjir-lumpur-lentang-aliran-air

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...